goresan hidup seorang biduan

Sabtu, 08 Oktober 2011

Jutawan yang Belum Anda Kenali

Keluarga anda kenali beliau, rakan anda
temui beliau, cuma anda sahaja yang tidak
kenali beliau ..siapakah beliau ?
Jutawan
yang
Belum Anda
Kenali
Mulakan Hidup Bebas Kaya
Bergaya dengan Menjadi
Usahawan Bermula
Daripada Rumah!
Panduan Komprehensif Yang Saintifik, Praktis,
Pragmatik Dan Filosofi Ke Arah Menjadi Usahawan
Berjaya Bermula Daripada Rumah
Muhammad Amin Al-Farabi
SIIRII JEJJAK JUTAWAN
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
1
Jutawan yang Belum Anda Kenali
Panduan Komprehensif Yang Saintifik, Praktis, Pragmatik Dan Filosofi Ke
Arah Menjadi Usahawan Berjaya Bermula Daripada Rumah
Kandungan
Muka
surat
Prakata 3
1. Bolehkah Anda Berjaya Sebagai Usahawan Daripada Rumah ? 5
2. Apakah Sebenar-benarnya Formula Kepada Kejayaan? 6
3. Apa Yang Anda Baca Ini Akan Mengubah Persepsi Anda Tentang
Hidup Anda
7
4. Senjata Paling Berkuasa Manusia 8
5. Beberapa Fenomena Minda Luarbiasa 9
6. Akal Anugerah Allah Yang Paling Tinggi Kepada Manusia 10
7. Kuasa Minda Separa Sedar Seperti Gergasi Yang Sedang Tidur 11
8. Minda Mempunyai Kekuatan Seperti Gergasi Tetapi Yang Selalu
Digunakan Hanya Seperti Semut Kecil
12
9. Gergasi Yang Sedang Tidur Nyenyak 12
10. Kebangkitan Gergasi Anda 13
11. Uji Tahap Kepercayaan Dan Keyakinan Anda 14
12. Mencipta Realiti Kekayaan di Minda Anda 15
13. Realiti 16
14. Apakah Realiti ? 17
15.Realiti Wujud Hanya Mengikut Persepsi Fikiran Manusia 18
16.Realiti Anda Bermula Dari Apa Yang Anda Fikirkan Di dalam
Minda Anda
20
17.Visualkan Realiti Yang Anda Mahukan Telah Berlaku Di Dalam
Minda Anda
21
18. Visualisasi : Teknik Berfikir Untuk Menyemai Minda Separa Sedar 22
19. Bersyukur : Baja Penyubur dan Pengikat Rezeki Anda 24
20. Semangat : Gergasi Yang Bangkit Di Dalam Jasad Anda 25
21. Perasaan : Bahanapi Pembakar Semangat Anda 26
22. Praktikkan Keyakinan Anda 28
23. Mitos Menjadi Seorang Usahawan Yang Berjaya 29
24. Analisa Diri : Adakah Anda Usahawan Tulin ? 30
25. Orang Lain Sibuk Meraih Kejayaan Anda Sibuk Mencari Alasan... 31
26. Kegagalan Hanya Satu Illusi 32
27. Kata-kata Hikmat 33
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
2
28.BAHAGIAN II : Idea dan Strategi Menjayakan Projek Niaga Anda
34
29. Idea-idea Projek Yang Bermula Daripada Rumah 35
30. Minat Yang Tulin Terhadap Bidang Pilihan Anda 36
31. 7 Kebijaksanaan Manusia 37
32. Idea-idea Projek 38
33. 18 Cara Mencetus Idea Perniagaan yang Unik dan Kreatif 40
34. Anda Tahu Guna Komputer ? Gunakannya Untuk Cari Wang! 41
35. Inovasikan Perkhidmatan Anda 42
36. Awas! Jangan tertipu dengan Skim Cepat Kaya! 43
37. Peluang Perniagaan Melalui Program Affiliate / Reseller /Dropship
Yang Tulin
47
38. Persediaan Premis SOHO Anda 48
39. Strategi Mudah Tetapi Berkesan Mempromosikan Perniagaan 49
40. Apakah Media Pengiklanan Yang Sesuai Untuk Perniagaan Anda? 50
41. Formula Pemasaran Yang Mesti Anda Ketahui dan Praktikkan 51
42. Bagaimana Mendapatkan Publisiti Percuma Di dalam Media Bercetak 52
43. Bagaimana Mendapat Iklan PERCUMA bernilai RM12,000 53
44. Nilai Seorang Pelanggan Selama Hayat Berurusan Dengan Anda 54
45. Apakah Kelebihan Perniagaan Anda Berbanding Pesaing Anda 55
46. Kenalpasti Diantara Ciri-ciri Dan Faedah-faedah 57
47. Seni Kejurujualan (I) 59
48. Seni Kejurujualan (II) 60
49. Bagaimana “Menawan” Pelanggan Pesaing-Pesaing 63
50. Persepsi Pelanggan : Aspek Yang Dihargai Oleh Pelanggan 64
51. Bagaimana Mendapat Lebih Banyak Pelanggan Melalui Penggunaan
Internet
65
52. Kisah-kisah Usahawan Jutawan Sebagai Inspirasi Untuk Anda 66
53. Langkah Tindakan Anda hari Ini! i
54. Kupon : Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan Melalui Komputer ii
Buku Ini Adalah Hakcipta Terpelihara
Muhammad Amin Al Farabi ã
Versi digital ini boleh diedarkan secara percuma dan bebas, asal
anda tidak mengubah sebarang isi kandungannya yang asal.
Penafian : Segala panduan adalah melalui pengalaman dan pembacaan penulis, jika ada kesilapan dan
ralat adalah tidak disengajakan. Tanggungjawab pembaca untuk membuat penilaian sendiri.
Edisi Pertama 2005
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
3
Prakata
Apa yang anda ‘mesti lakukan’ mesti dilakukan kerana ‘tidak melakukannya’
juga bermakna anda ‘melakukan sesuatu’ iaitu menghancurkan apa yang mesti
anda lakukan....Amin Al Farabi
Apabila sahaja anda selesai membaca buku kecil ini, anda akan mendapat
pengetahuan yang tidak keterlaluan saya katakan , satu pengetahuan baru
yang akan menambah keyakinan diri yang seterusnya mengorak langkah
menjadi usahawan ataupun menjadi insan yang lebih gagah. Percayalah!
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian I dan Bahagian II.
Bahagian I buku ini memfokuskan kepada persediaan mental dan pengasahan
minda anda untuk menjadi seorang usahawan. Di dalam bahagian ini anda
akan belajar mengenali diri anda supaya anda yakin bahawa diri anda mampu
untuk menjadi usahawan yang bermula daripada rumah. Anda pasti
terperanjat kerana akhirnya anda tahu dan yakin bahawa di dalam diri anda
sendiri mempunyai kekuatan luarbiasa yang anda tidak pernah anda gunakan
selama ini.
Bahagian II pula akan mengajar apa yang perlu anda lakukan untuk
mengeksploitasikan kekuatan anda yang luarbiasa tersebut untuk menjadi
usahawan daripada rumah. Anda akan mempelajari prinsip-prinsip , formula,
teknik dan strategi langkah demi langkah bagaimana anda boleh
merealisasikan idea projek anda menjadi realiti.
Anda digalakkan mencetak keseluruhan isi kandungan buku ini untuk lebih
mudah anda baca dan fahami dan pelajari maklumat yang didedahkan.
Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat buku ini dengan
mengedarkan kepada rakan-rakan lain yang mempunyai minat untuk
mendirikan perniagaan daripada rumah (soho) atau untuk tujuan motivasi diri.
Anda boleh berhubung dengan penulis di amin_alfarabi@yahoo.com jika anda
berminat untuk bertanya soalan-soalan lanjutan mengenai motivasi diri dan
perihal keusahawan.
Muhammad Amin Al Farabi
amin_alfarabi@yahoo.com
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
4
Siapakah Jutawan Yang Belum Anda Kenali?
Saya hanya menunjukkan anda jalan ke pintu rumahnya, andalah yang mesti
membukanya sendiri....
Ada antara anda pasti bertanya kenapa Muhammad Amin Al-Farabi ini
bersusah payah menulis sebuah buku dan memberikannya percuma kepada
orang ? Anda ingin tahu sebabnya ? Ini adalah kerana saya merasa amat
selesa memberikan sesuatu. Inilah rahsia utama yang dinyatakan di dalam
buku “The Greatest Money-Making Secret in History!” oleh Joe Vitale.
Cuba ingat kembali pernahkah seseorang yang tidak anda kenali bertanyakan
anda jalan menuju ke arah suatu tempat yang anda amat arif sekali lokasinya?
Pernah bukan ? Saya pasti anda dengan rela hati memberikan maklumat yang
sebaik-baiknya agar beliau selamat sampai yang ingin ditujunya.
Bagaimanakah perasaan anda selepas membantu orang yang tidak anda kenali
itu ? Anda merasa amat selesa bukan ? Begitulah tujuan saya menulis buku
ini. Mudah bukan ?
Walaubagaimanapun bagaimana jika orang tersebut meminta anda membawa
mereka dengan menggunakan kereta anda ke tempat tersebut, anda mungkin
keberatan sedikit. Atau anda mungkin terdetik hati anda, orang ini
mengganggu anda. Atau anda mungkin membantu beliau setelah beliau
membayar anda kerana bersusah payah membantu mereka.
Begitulah keadaannya dengan saya. Daripada pengalaman saya selama lebih
10 tahun sebagai pakar perunding saya dapati bahawa saya mempunyai
pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang boleh saya kongsi bersama dan
ada juga pengetahuan yang terpaksa saya kenakan caj professional.
Contohnya jika anda memasuki kursus saya, saya tanpa ragu-ragu
mengenakan bayaran kursus yang mungkin berkos hampir RM500 seminggu
untuk mengetahui selok belok perniagaan. It’s nothing personal , just business.
Saya juga menulis dan menjual buku bercetak pada harga saikologi RM29.90
tentang panduan keusahawan. Tapi itu cerita lain. Dan saya disini bukannya
hendak mempromosikan kursus saya. Oleh sebab itu saya lebih selesa
menggunakan nama pena saya ini.
Namun jangan sekali-kali menganggap mutu maklumat di dalam buku
percuma ini boleh diambil ringan.
Oleh itu jika anda serius dan ingin berjaya di dalam perniagaan di rumah
anda, pertimbangkan sebaik-baiknya apa yang saya perbincangkan di dalam
buku ini. Saya menunjukkan anda arah, dan kini bergantung kepada anda
sahaja samada hendak berlari atau merangkak ataupun berpatah balik
menuju ke tempat yang ingin anda tuju.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
5
Bolehkah Anda Berjaya Sebagai
Usahawan Daripada Rumah ?
Ya, anda boleh berjaya sebagai usahawan bermula daripada rumah sahaja.
Ramai usahawan-usahawan besar yang berjaya memulakan projek usahanya
bermula daripada rumah. Lebih ramai pula orang biasa yang bekerja daripada
rumah ataupun menjalankan perniagaan daripada rumah.
Martha Stewart, tokoh usahanita kontroversi, memulakan projek katering
daripada belakang dapur rumahnya sehingga menjadi jutawan dalam masa
beberapa tahun sahaja. Perusahaan kecilannya menjadi konglomerat yang
meliputi penerbitan, multimedia, rancangan TV dan gaya hidupan.
Michael Dell memulakan projek memasang komputer mengikut tempahan
daripada bilik dormitrinya dengan modal $1,000 dan kini selepas 18 tahun
nilai pendapatannya adalah sebanyak $31 billion.
Pelbagai kerjaya dan projek perniagaan yang boleh dimulakan daripada rumah.
Ada yang bekerja sebagai pakar perunding (seperti saya) , ada yang menjadi
penulis novel, artikel, merekabentuk batik, pereka grafik dan pelbagai lagi.
Saya akan membincangkan dengan lebih lanjut akan idea-idea projek yang
boleh anda mulakan di bahagian II buku ini dan anda cuma perlu ikuti terus
membaca buku ini.
Pengalaman Penulis Sebagai Bukti
Buktinya adalah pengalaman penulis sendiri sebagai konsultan dan juga
perunding bebas selama 10 tahun telah mengalaminya sendiri . Selama hampir
10 tahun penulis menjalankan perniagaan daripada rumah sebagai seorang
pakar perunding bebas sambilan.
Cuba para pembaca buka akhbar dan semak yuran-yuran iklan untuk
menghadiri seminar-seminar yang diadakan di hotel-hotel oleh para konsultan.
Pembaca sekalian akan dapati yuran-yuran yang dikenakan amat mahal
bukan? Ya, memang benar, dan tidak hairanlah perunding-perunding bebas
ini rata-rata hidup mewah dengan memperuntukkan masa bekerja yang sedikit
sahaja. Orang ramai berlumba-lumba untuk mendengar maklumat-maklumat
terkini daripada para konsultan daripada luar negeri.
Cukup penulis katakan bahawa pendapatan bagi satu sahaja seminar yang
berjaya (penuh) adalah cukup untuk menampung kehidupan perunding bebas
tersebut selama setahun! Apa yang penulis ingin tekankan di sini ialah
sememangnya terdapat cara menjana pendapatan daripada rumah jika
saudara tahu kaedahnya. Kini dengan kemajuan teknologi maklumat dan
telekomunikasi trend ini menjadi semakin popular dan tidak semestinya
dilepaskan oleh anda sekalian. Oleh itu teruskan membaca buku ini untuk
mengetahuinya!
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
6
Apakah Sebenar-benarnya
Formula Kepada Kejayaan?
Ramai orang mencari-cari formula dan rahsia-rahsia untuk berjaya. Keinginan
ini mencetuskan timbulnya industri buku-buku motivasi, seminar-seminar dan
pelbagai program yang memberangsangkan dewasa ini.
Jika anda biasa membaca buku-buku motivasi diri anda tentu biasa
mendengar pakar-pakar atau guru-guru motivasi diri seperti Anthony Robbins,
Dr Stephen R. Covey, Bob Proctor dan sebagainya. Di kalangan pakar-pakar
tempatan pula tidak kurang hebatnya. Nama-nama seperti Dr Fadzilah
Khamsah, Imran Jaafar, Dr Tuah Iskandar dan ramai lagi adalah antara namanama
yang popular di arena sirkit motivasi diri.
Seminar dua hari di Kuala Lumpur baru-baru ini oleh Dr Stephen R. Covey ini
sahaja memerlukan anda melabur untuk diri anda sebanyak RM 990. Seminar
ini membincangkan tajuk beliau yang amat popular iaitu “7 Tabiat Orang Yang
Berkesan”. Saya tahu pakar seperti Dr Stephen memberikan maklumat yang
berguna kepada para pesertanya. Namun terpulang kepada peserta tersebut
untuk menafaatkannya pula.
Apa Yang Anda Perlukan Ialah Satu Formula
Apa kata saya beri anda satu formula yang pasti membantu anda berjaya
walau apa sahaja bidang anda . Menggunakan formula ini membuatkan anda
tidak akan temui kegagalan kerana kegagalan itu sendiri tidak wujud dan
segala sentuhan anda menjadi emas. Baik bukan ?
Jika saya katakan dengan formula ini anda tidak perlu lagi membaca lain-lain
buku motivasi atau kursus motivasi, adalah sesuatu yang agak egoistik
bukan? Bukannya niat saya begitu cuma...
Cuba fikirkan jika anda diberi formula sains dan matematik seperti 1 + 1 = 2.
Apakah anda perlu memikirkan lagi sebarang formula lain lagi ? Adakah anda
perlu mencuba tanda - ¸ x menggantikan tanda + di dalam persoalan di atas ?
Inilah maksud saya. Ianya adalah untuk ringkasan kepada kejayaan yang
sedang anda impikan. Oleh itu adalah baik jika kejayaan tersebut anda dapati
daripada formula yang berdasarkan sains dan matematik, kerana ilmu sains
dan matematik adalah ilmu alam sunatullah yang tetap dan teruji.
Fikirkan dan perbincangkan dengan orang lain setelah anda membaca bab-bab
ini ... Mari kita mulakan sekarang..
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
7
Apa Yang Anda Baca Ini Akan Mengubah
Persepsi Anda Tentang Hidup Anda
Jadi apakah formula kejayaan sebenar-benarnya ?
Anda bertanya...kepada saya tanpa sabar-sabar. Ya , saya jamin anda boleh
berjaya jika anda percayakan faktor kejayaan yang mudah ini.
Anda boleh berjaya di dalam sahaja bidang anda yang ingin anda ceburi
dengan mempunyai tiga faktor ini di dalam diri anda.
1. Percaya dan Yakin Tanpa Batasan Bahawa Anda Pasti Berjaya
2. Minat yang tulin dan amat mendalam terhadap bidang pilihan anda
3. Strategi yang betul di dalam mengkomersialkan pilihan anda tersebut
Namun saya akan mula membicarakan faktor pertama iaitu Percaya dan
Yakin Tanpa Batasan Bahawa Anda Pasti Berjaya dengan terperinci dan
panjang lebar di dalam 12 mukasurat berikut. Jika anda memasuki kursus
saya yang berharga ratusan ringgit saya akan mengajarnya selama dua hari
suntuk agar anda dapat menghayatinya. Setelah menghayatinya, saya jamin
anda akan mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap diri anda yang
hampir tidak terbatas. Apabila anda mempunyai keyakinan yang tidak terbatas
bermakna anda seakan-akan mempunyai kuasa sentuhan emas (Midas touch).
Topik di dalam bab ini adalah amat penting kerana saya pasti anda tidak akan
temui apa yang akan saya bincangkan ini di dalam mana-mana buku,
televisyen atau sebarang media massa yang ‘mainstream’.
Objektif bab ini adalah supaya anda mengenali ciri-ciri kejadian manusia dan
kaitannya dengan alam semesta. Seterusnya setelah anda dapat mengenali ciriciri
, anda akan memahami rahsia di sebalik faedah yang dapat anda gunakan
daripada ciri-ciri manusia tersebut.
Di dalam Bahagian I , bab kepercayaan ini, anda akan mengenali ...
1. Fakta-fakta sains yang tidak pernah anda ketahui di mana para saintis
terkemuka sendiri menemui jawapan yang menakjubkan
2. Keistimewaan akal (minda)
3. Apakah senjata paling berkesan manusia
4. Anda boleh mencapai apa sahaja yang anda percayakan oleh minda anda
5. Teknik visualisasi
Adalah penting dan kritikal untuk anda memahami akan topik-topik di dalam
bab-bab ini kerana ianya adalah formula sains dan rohani di dalam mencapai
apa sahaja impian anda khususnya jika anda ingin menjadi kaya sebagai
usahawan.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
8
Percaya dan Yakin Tanpa Batasan :
Senjata Paling Berkuasa Manusia
Percaya dan Keyakinan Tanpa Batasan juga digelar keimanan kepada orang
Islam, namun istilah tersebut selalu dikaitkan dengan perkara-perkara
berkaitan ritual sahaja, seperti rukun iman, sembahyang, puasa dan
sebagainya. Hakikatnya sifat ini perlu wujud di dalam setiap perbuatan kita
setiap hari untuk berjaya.
Namun di dalam membicarakan faktor ini, kita akan kaitkan dengan segenap
lapisan manusia tidak kira Islam ataupun tidak, maka saya akan gunakan
perkataan Kepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasan yang lebih universal.
Para Rasul dan Nabi yang mempunyai tahap keyakinan yang tidak terbatas
iaitu keimanan kepada Allah, Allah telah memberikan mereka kuasa mukjizat
di mana banyak perkara-perkara yang diluar hukum alam seperti peristiwa
Israj Mikraj oleh Nabi Muhammad, terbelahnya laut merah oleh hentakan
tongkat Nabi Musa dan sebagainya. Rasul dan Nabi adalah insan terpilih,
manusia biasa yang tidak dianugerahkan keyakinan yang luarbiasa sebegini
atas nama Allah SWT mustahil melakukan perkara-perkara sedemikian.
Secara universalnya ramai orang bukan Islam menggunakan konsep
Kepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasan dan hasilnya mereka berjaya di
dalam pelbagai perkara yang mereka ceburi.
Sebagai contoh Thomas Edison percaya dan yakin tanpa batasan bahawa
tenaga elektrik boleh menghasilkan cahaya lampu mentol. Namun percaya atau
yakin sahaja tidak cukup, beliau mempraktikkan kepercayaan dan keyakinan
beliau pada usaha eksperimen beliau sebanyak lebih 10,000 kali dan akhirnya
berjaya. Jika anda berada di zaman beliau, anda akan anggap itu perkara gila.
Tetapi Thomas Edison mempercayai dan yakin perkara tersebut boleh berlaku
dan akhirnya anda dan saya dapat merasai manafaatnya.
Bagaimanakah kuasa kepercayaan dan keyakinan tersebut dikatakan senjata
paling merbahaya jika di salahgunakan?
Mari kita lihat satu contoh , seseorang yang mempercayai dengan penuh
keyakinan bahawa tangkal, jampi atau makhluk halus yang diamalkan boleh
memberi kekebalan kepada beliau. Atas dasar kepercayaan tersebut beliau
akan yakin dan menjadi lebih berani dan mungkin ‘kebal’ kerana mindanya
melampaui realiti sebenarnya. Tetapi malang sekali kerana beliau
bersandarkan kepercayaan tersebut kepada tangkal dan jampi maka hukum ke
atas beliau adalah beliau menjadi syirik dan syirik merupakan dosa yang
paling besar dan tidak diterima taubatnya. Begitulah bahayanya kepercayaan
dan keyakinan jika salah digunakan.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
9
Beberapa Fenomena Minda Luarbiasa
Pihak saintis barat telah lama mengkaji akan kekuatan minda dan kaitannya
dengan kuasa yang dimiliki apabila wujud kepercayaan dan keyakinan.
Kebolehan-kebolehan ini boleh dilakukan oleh semua orang tidak kira agama
kerana minda mereka mempunyai kepercayaan dan keyakinan untuk
melakukannya.
Pada November 2004, siaran Discovery, ada menyiarkan sebuah dokumentari
bertajuk “Electric Man”. Rancangan tersebut mendokumenkan seorang pelukis
biasa bernama Janusz Kowzalaski boleh memadam lampu jalanan dengan
hanya kekuatan fikiran. Keistimewaan beliau sedang dikaji dengan serius oleh
pakar-pakar saintis barat kini.
Kejadian manusia mempunyai kuasa elektrik telah lama di dokumenkan sejak
awal 1846, di dalam jurnal sains Perancis, Jurnal des Débats (February 1846).
Jurnal tersebut mendokumenkan fenomena 10 hari yang dialami oleh seorang
kanak-kanak perempuan Perancis berusia 14 tahun bernama Angelique Citton
yang mampu mengeluarkan kuasa elektrik dan menggerakkan objek-objek
persekitarannya.
Seorang lelaki cina di Perak mempunyai kuasa magnet ditubuhnya, di mana
peralatan-peralatan logam seperti sudu, sterika, paku dan sebagainya melekat
ke tubuh badan beliau.
Ustaz Arief di Ampang, Selangor mempunyai keistimewaan yang dipelajari
dimana beliau boleh menyalakan mentol lampu hanya dengan memegang
mentol tersebut dan pernah dipertontonkan di rancangan televisyen ‘Asia
Hebat’ . Menurut ustaz tersebut tiada unsur-unsur yang menyalahi agama,
kerana sememangnya tenaga istimewa ini wujud di dalam setiap manusia
cuma anda perlu pelajari tekniknya. Tenaga istimewa ini sentiasa wujud di
alam maya untuk digunapakai oleh manusia. Kebolehan beliau membuktikan
kepada manusia lain agar terus kaji dan mengkaji keistimewaan minda ini.
Dan jangan pelik kerana kuasa elektrik semulajadi sememangnya sudah lama
terdapat pada belut elektrik yang tinggal di dalam sungai Amazon. Belut ini
dapat menghasilkan arus elektrik sebesar 500 volt per sekitar 2 amper. Kirakira
kekuatannya melebihi yang digunakan oleh sebuah TV kecil.
Namun semua kebolehan luarbiasa tersebut adalah kerana Allah telahpun
menyediakan kuasa tersebut menerusi alam yang boleh digunakan jika minda
kita percaya dan yakin akan boleh dilakukan. Jika kita tidak memahami dan
mengkaji dan jahil kita akan menganggap kuasa tersebut adalah daripada
makhluk halus, walhal kuasa tersebut adalah tenaga yang disediakan oleh
Allah SWT dan sentiasa wujud tersembunyi di dalam alam maya untuk dikaji
dan akhirnya boleh dimanafaatkan oleh kita.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
10
Akal Anugerah Allah Yang Paling
Tinggi Kepada Manusia
Akal fikiran atau minda adalah anugerah Allah yang paling berharga
menjadikan manusia lebih mulia daripada sekalian makhluk. Kebiasaannya
kita akan memikirkan bahawa akal ialah apabila kita mengira, membaca,
menulis dan sebagainya. Ini dinamakan minda sedar (conscious mind). Namun
terdapat bahagian minda yang sangat penting tetapi tidak disedari dan
digunakan oleh manusia sendiri yang dikenali dengan minda separa sedar
‘subconscious mind’.
Apakah Kekuatan Minda Separa Sedar ?
Sekarang ini, saat ini, jantung anda sedang berdegup, adakah anda yang
memikirkannya untuk mengawal degupannya setiap masa? Segala perjalanan
darah anda, proses tumbesaran anda dan pembaikan luka anda, adakah anda
fikirkannya ? Tugas ini amat kompleks dan jika di andaikan disuruh minda
sedar anda untuk memikirkannya, nescaya anda akan jadi kelam kabut. Inilah
antara tugas minda separa sedar anda.
Tapi tunggu, minda separa sedar anda lebih berkuasa daripada itu. Ianya juga
merekod segala pengalaman hidup kita sejak kita lahir lagi. Himpunan
pengalaman ini termasuklah memori, imaginasi, perasaan, inspirasi,
kepercayaan dan segala bentuk maklumat yang kita capai melalui pancaindera
kita. Apa yang kita dengar , lihat dan rasa sepanjang hidup kita sebenarnya
tidak pernah hilang dan tersimpan kekal di dalam minda kita.
Tetapi kenapa saya tidak ingatinya ?
Anda tidak ingatinya kerana anda tidak fokus kepada semua perkara pada
satu-satu masa. Contohnya sekarang, anda sedang lihat perkataan-perkataan
di depan mata anda ini. Fokus anda ialah pada tulisan ini, namun jika
dibelakang anda ada kedengaran kicauan burung , anda ‘tidak mendengarnya’
kerana anda tidak fokuskannya. Namun kicauan burung tersebut tetap
direkod ke dalam minda separa sedar anda.
Ini bermakna walaupun semasa kita kecil berusia lima tahun kita seperti tidak
mampu ingat apa-apa, namun sebenarnya ‘subconcious mind’ tetap merekod
apa yang kita dengar, lihat, rasa dan alami waktu itu. Bayangkan anda
mempunyai perakam video yang merakam setiap bunyian dan visual sejak
anda di dalam perut ibu lagi. Apa sahaja yang anda dengar dan lihat tetap
direkod oleh minda separa sedar anda sejak anda kecil lagi. Ianya tidak pernah
terpadam. Jika umur anda sekarang 25 tahun, bolehkah anda bayangkan
betapa besarnya kapasiti filem yang diperlukan untuk merekod segala
maklumat sepanjang tempoh itu ?
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
11
Kuasa Minda Separa Sedar Seperti
Gergasi Yang Sedang Tidur
Ada gergasi yang sedang tidur di dalam minda anda sekarang!
Bayangkan semua pengalaman hidup anda sejak bayi, dapat direkodkan di
dalam sebuah CD yang berkapasiti 700 Megabyte yang anda ketahui sekarang.
Selalunya sebuah CD mampu merekod filem hanya kira-kira 1 jam dan
andaikan anda berumur 25 tahun sekarang. Nescaya anda akan memerlukan
kira-kira 219,000 keping CD untuk merekod segalanya kehidupan anda dalam
tempoh 25 tahun itu. Menakjubkan bukan kerana kesemua 219,000 ‘CD”
pengalaman bermaklumat tersebut kini ada di dalam minda anda sekarang!
Lebih menakjubkan terdapat CD kosong yang berjumlah berbillion-billion
keping sedia untuk digunakan di dalam minda anda sekarang ini!
Bagaimana boleh menjadi hingga berbillion-billion ? Kerana jika diandaikan
anda hanya diberi kerja sepanjang hayat anda berimaginasi , nescaya, akan
tidak kehabisan apa yang ingin anda imaginasikan sampai bila-bila.. inilah
kekuatan minda anda!
Hati atau kalbu
Kedudukan minda separa sedar dan hati atau kalbu adalah dekat. Kalbu atau
hati batin adalah tali penghubung anda antara minda separa sedar dengan zat
Allah SWT. Saya lebih gemar menggunakan istilah kalbu kerana takut anda
akan terbayangkan hati biologi yang anda lihat seperti jantung dan paru-paru.
Sebagai orang Islam, kita tahu bahawa hati yang sentiasa berdoa dengan yakin
akan mengubah takdir kehidupan seseorang. Allah sentiasa tahu apa yang
tersirat dan niatkan. Maksud di sini ialah kepercayaan dan keyakinan yang
tak terbatas (infinite). Untuk mendapat pertolongan daripada Allah Maha
Bijaksana (Infinite Intelligence) kita mestilah mempunyai juga kepercayaan dan
keyakinan yang tak terbatas kepadaNya. Itulah hakikatnya apa yang wajib kita
percaya di dalam hati kita.
Syukur kita kepada Allah kerana menganugerahkan akal ini, sehingga Allah
memerintahkan malaikat supaya sujud kepada Nabi Adam. Cuma Iblis sahaja
yang memandang dari lahiriah kerana Nabi Adam dibuat daripada tanah dan
engkar untuk tunduk.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
12
Minda Mempunyai Kekuatan Seperti Gergasi Tetapi
Yang Selalu Digunakan Hanya Seperti Semut Kecil
Knowledge is limited. Imagination encircles the world."
Albert Einstein
Anda tentu pernah mendengar bahawa manusia hanya menggunakan
hanya 10% daripada keupayaan minda mereka. Ini adalah tepat sekali.
Malahan manusia yang malas berfikir lebih rendah lagi...mungkin 5% sahaja!
Jika anda memikirkan aktiviti berfikir setakat aktiviti mengira matematik,
membuat keputusan, pergi membuat pekerjaan , bawa kereta dan sebagainya
anda mungkin tergolong mereka yang hanya menggunakan 8% sahaja.
Jika anda anggap kemahiran mengira pantas adalah proses berfikir yang
tinggi, nescaya anda mungkin akan menjadi robot yang mempunyai sebuah
kalkulator yang berharga RM5 di dalam otaknya.
Gergasi Yang Sedang Tidur Nyenyak
Anda telah pun membaca daripada mukasurat sebelumnya bagaimana
hebatnya maklumat yang terkandung di dalam minda anda sekarang dengan
anggaran kira-kira 219,000 keping CD dan potensi seterusnya dengan
berbillion-billion CD kosong sedang sedia untuk digunapakai.
Semua maklumat yang terlalu banyak ini bagaikan gergasi besar yang
sedang tidur di dalam minda separa sedar anda. Ya, tidur yang amat nyenyak.
Bagaimana hendak membangunkan si gergasi ini ?
Jika anda dapat bangunkan si gergasi ini dan menyuruhnya bekerja untuk
mencapai sebarang matlamat anda, nescaya tugas anda menjadi sangat
mudah. Jika tujuan anda hendak jadi kaya raya melalui apa sahaja
perniagaan, inilah rahsia falsafahnya.
Biarkan saya berikan jawapan secara ringkas di dalam perenggan di bawah
dan kemudian anda boleh membaca mukasurat selanjutnya akan penjelasan
perenggan ringkas ini.
Kunci pertama anda berniat dan tanamkan sifat percaya dan yakin tanpa
batasan di dalam minda anda. Visualkan realiti kejayaan anda di dalam kotak
minda anda akan kejayaan yang telah berlaku pada masa hadapan. Siramkan
ia dengan emosi kejayaan dan suburkan ia dengan perasaan bersyukur. Jika
anda lakukan ini, tubuh badan anda akan mengalami satu semangat
luarbiasa. Kemudian lakukan apa yang patut anda lakukan dengan minda dan
semangat begini, nescaya perlakuan anda tersebut akan menjadi sebab-sebab
yang ditakdirkan untuk mencapai realiti yang anda inginkan.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
13
Kebangkitan Gergasi Anda
Kunci pertama untuk bermula menjadi kaya pada suatu masa hadapan
mudah sahaja. Anda mesti percaya dan yakin tanpa batasan anda boleh
melakukannya. Jangan buat apa-apa dahulu. Tangguhkan dahulu samada
anda perlu masuk MLM, skim cepat kaya, Pak Man Telo dan sebagainya.
Percaya, Yakin, Percaya , Yakin, Percaya , Yakin....
Gergasi di dalam minda akan bangun jika kepercayaan tersebut ditanam,
disemai dan disuburkan di dalam minda anda dan kebangkitannya akan dapat
dikesan melalui tubuh badan anda yang kemudiannya dikenali dengan
semangat. Gergasi ini ialah semua imaginasi, perasaan, maklumat, kenangan ,
fakta, fantasi, visualisasi, pengetahuan, emosi dan apa pun bentuk entiti di
dalam minda separa sedar anda. Apabila semua entiti ini bangun dan bersatu,
keajaiban akan berlaku.
Anda akan mendapat ilham sentiasa, kegagalan tidak wujud, idea
mencurah daripada segala penjuru, pancaindera anda melihat semua petunjuk
ke arah kejayaan dan semangat zahir dan batin yang luarbiasa. Anda boleh
baca seberapa banyak buku motivasi atau pergi seberapa banyak kursus
untuk mengetahui teknik peningkatan diri. Kunci akhirnya ialah ...
Anda mesti percaya dan yakin
tanpa batasan anda boleh melakukannya.
Anda pasti berkata , “OK, saya yakin sekarang... apa yang perlu saya buat?”
Anda pasti ? Mari cuba sedikit ujian ‘kecil’ :
Uji Tahap Kepercayaan Dan Keyakinan Anda
Mudah sahaja anda membuka mulut mengatakan bahawa anda mempunyai
kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yang tulin. Adakah kalbu dan
minda separa sedar juga sedemikian ? Di dalam konteks buku ini, mari kita
uji tahap kepercayaan dan keyakinan anda untuk menjayakan projek anda.
Sila jawab dengan soal semak di bawah..
1. Apa kata jika rakan anda sendiri mencemuh idea perniagaan anda ?
2. Apa kata ibubapa anda sendiri yang tidak bersetuju dengan idea anda ?
3. Apa kata anda dikehendaki melabur sedikit untuk memulakan perniagaan ?
4. Adakah anda menunggu satu masa yang sesuai entah bila ?
5. Apa kata seluruh dunia mengatakan idea anda gila sanggup anda lakukannya?
Marconi hampir diseret oleh rakannya sendiri ke hospital sakit jiwa kerana
cuba membuktikan bahawa suara boleh bergerak tanpa wayar. Kepercayaan
dan keyakinan telah membenarkan keajaiban berlaku di mana teori beliau
menjadi benar akhirnya. Anda bagaimana ? Tergugatkah semangat anda
apabila diperkecilkan oleh suara rakan anda yang berjiwa kecil itu ?
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
14
Mencipta Realiti Kekayaan di Minda Anda
Sains membuktikan bahawa mataerial tidak wujud dan realiti adalah illusi minda
Setelah membaca buku “The Shaky Game: Einstein, Reality, and the
Quantum Theory” oleh Arthur Fine (Chicago: University of Chicago Press, 1986)
saya menemui beberapa fakta sains yang agak mengkagumkan tetapi jarang
sekali diketahui oleh masyarakat kita.
Bermula awal kurun ke-20, lahirlah bidang fizik kuantum, yang khusus
mengkaji akan sifat-sifat atom. Pada tahun 1911, Lord Rutherford daripada
University Cambridge telah membuktikan kewujudan sub-atom yang dikenali
sebagai elektron. Namun penemuan elektron yang wujud di dalam atom
merumuskan fakta yang menakjubkan, dan sekaligus menafikan kewujudan
dunia material yang anda anggap benar-benar material ini.
Akhirnya tubuh anda dan semua benda yang
wujud di alam maya ini hanyalah elektron.
Elektronlah yang memberi bentuk bulat atom
apabila ‘butiran’ ini mengelilingi neutron selaju
cahaya. Pelik bukan ? Lihat tubuh anda, ia
hanyalah himpunan bertrilion-trillion atom yang
membentuk daging dan darah anda. Bentuk bulat
atom itu sebenarnya adalah dinding yang dibentuk
oleh putaran elektron disekelilingnya. Kandungan
elektron dan nukleas hanya 0.0001% daripada
kandungan atom dan 99.9999% atom adalah ruang
kosong!!! Tubuh yang anda lihat sekarang adalah
99.99999% ruang kosong !
Pembuktian sifat atom adalah 99.9999% ruang
kosong adalah satu fakta sains yang pelik, tetapi yang lebih pelik ialah sifat
elektron yang mempunyai dua sifat iaitu samda ianya benda ataupun
gelombang mengikut pemerhatian fikiran orang yang menjalankan ujikaji
tersebut. Tetapi elektron itu sendiri amatlah kecil dan bukannya ‘benda’. Ia
adalah hanya gelombang tenaga yang boleh bertukar menjadi sifat ‘benda’ jika
seseorang saintis fikirkan ia begitu.
Albert Einstein, saintis tersohor abad ke-20 dengan formula E=MC², sendiri
gagal menjawab soalan ini dan ‘bertelagah’ dengan para saintis lain tentang
sifat dua hala elektron ini. Antara yang terlibat ialah Niels Bohr dan Werner
Heisenberg. Bohr sendiri adalah ‘bapa’ kepada sains fizik kuantum dan
menyerah kepada satu interpratasi yang dikenali sebagai “Copenhagen
Interpretation” di mana dwi-sifat elektron ini diterima pakai kerana pada
peringkat terhalus ‘benda’ ianya menyamai lintasan fikiran manusia itu
sendiri. Oleh itu adalah selamat jika dikatakan bahawa elektron boleh
dikonsepkan mengikut apa sahaja yang difikirkan oleh saintis yang
mengkajinya itu. Albert Einstein hingga akhir hayatnya tidak dapat mencari
jawapan kepada persoalan ini.
Contoh sebutir
atom karbon
umpama bola
yang berisi
angin
Pada peringkat lebih mendalam
sub-atom, elektron sentiasa
mengorbit mengelilingi proton
dan neutron. Putarannya yang
sangat laju ini membentuk
dinding atom tersebut dengan
99.9999% ruang kosong di
tengahnya
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
15
Einstein mahukan satu jawapan yang mutlak iaitu mahukan elektron dikenali
sebagai sesuatu ‘benda’ bukannya boleh diubah-ubah mengikut persepsi
saintis atau orang yang mengkajinya. Werner Heisenberg seorang lagi saintis
genius yang turut terlibat di dalam interpratasi elektron “Copenhagen
Interpretation”, merumuskan bahawa kewujudan partikel subatomik elektron
tersebut hanya terjadi apabila seseorang saintis membuat pemerhatian ke
atasnya. Jika tiada seorang yang membuat pemerhatian tersebut elektron
tersebut langsung tidak wujud!
What we observe is not nature itself, but nature exposed to
our method of questioning. - Werner Heisenberg
Apa yang Heisenberg maksudkan ialah , apa yang kita perhatikan
bukannya alam itu sendiri, tetapi alam mendedahkan dirinya kepada kaedah
persoalan kita.
Sifat Elektron Menjadi Semakin Misteri
Pada tahun 1982, satu ekperimen telah dijalankan di Universiti Paris oleh
seorang saintis fizik kuantum, Alain Aspect menemui satu lagi sifat elektron
yang menakjubkan. Eksperimen tersebut membuktikan bahawa setiap
elektron-elektron di dalam alam maya adalah bersatu dan saling berhubungan
di antara satu sama lain tidak kira ianya berada berjuta-juta batu jauhnya.
Hasil eksperimen ini menjadi tajuk utama di dalam jurnal-jurnal sains di
seluruh dunia. (Anda mungkin tidak dengar kisah-kisah kejayaan di dunia
sains kerana dunia mereka ini tidak sepopular dunia hiburan). Alain
menggunakan aspartus eksperimen daripada sifat cahaya photon berpolar yang
disalurkan melalui satu kristal calcite. Untuk menerangkan perincian
eskperimen adalah diluar bidang buku ini. Anda boleh menggunakan internet
untuk mencari maklumat lebih lanjut tentang kejayaan eksperimen beliau.
Berbalik kepada eksperimen yang digelar kini sebagai “The Aspect Experiment”,
apakah maknanya kepada anda ?
Ini bermakna elektron di dalam otak anda boleh berhubung dengan elektron
saya malahan boleh juga berhubung dengan elektron seekor ikan di dalam
lautan. Anda , saya dan alam semesta tercipta pada satu unsur yang sama
pada peringkat sub-atom (elektron). Jesteru itu, anda, saya dan keseluruhan
manusia dan alam saling berhubung kait dan berhubungan antara satu sama
lain tidak kira di mana anda berada pada peringkat sub atomik.
Anda boleh memahamkan konsep ‘penyatuan’ ini seperti kawah yang penuh
dengan air dan anda adalah sebutir molekul air daripada kawah tersebut.
Segala tindak tanduk anda sekecil manapun memberi kesan kepada setiap
molekul air yang ada di dalam kawah tersebut. Ianya umpama jika saya
meletakkan jari di atas permukaan kawah tersebut, maka akan wujudlah
gelombang yang merata ke seluruh permukaan air tersebut.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
16
Realiti
Biar saya beritahu anda mengapa anda berada di sini...
Anda berada di sini kerana anda tahu sesuatu, Apa yang anda tahu anda
sukar hendak dijelaskan tetapi anda dapat rasakannya.
Anda dapat rasakan di dalam seluruh hayat anda selama ini. Terdapat
sesuatu yang tidak kena dengan dunia anda ini. Anda tidak tahu apakah
ianya , tapinya ada di situ , ada di sini , sentiasa bermain di fikiran anda
yang kadangkala membuat anda kegelisahan kerana ingin mencapainya.
Perasaan inilah yang membawa anda membaca buku ini. Anda tahu apa
yang saya katakan ini ?
Ianya Realiti itu sendiri.
Anda tahu apakah ia ? Realiti ada di mana-mana . Ianya berada
disekeliling kita. Hinggakan sekarang di depan perkataan yang anda
baca ini, di dalam bilik ini. Anda boleh lihatnya apabila anda jenguk
keluar tingkap rumah anda, atau semasa anda melihat televisyen. Anda
boleh rasakan apabila anda pergi ke tempat kerja, semasa anda pergi
membayar bil atau semasa anda berjumpa rakan-rakan anda.
Ianya adalah maya yang menyelubungi pancaindera anda daripada
melihat hakikat sebenarnya.
Apakah hakikat sebenarnya ? Anda adalah tawanan. Seperti semua
orang , anda telah ditawan. Anda ditawan di dalam penjara minda anda
yang anda cipta sendiri.
Malang sekali tiada siapa boleh memberitahu anda apakah Realiti itu
sebenarnya – kerana anda terpaksa melihatnya sendiri ...
Saya cuba membebaskan minda anda yang sedang tertawan ini. Anda
tidak perlu sebarang kunci untuk keluar, apa yang anda perlu buat hanya
melangkah keluar. Pintunya sentiasa terbuka. Tetapi saya hanya boleh
tunjukkan anda jalan ke pintunya. Andalah sendiri yang terpaksa
melangkahnya sendiri ....
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
17
Apakah Realiti ?
"Reality is merely an illusion, albeit a very persistent one."
Albert Einstein
Apa yang anda lihat melalui pancaindera mata anda semua ini semuanya
adalah imej yang dijana oleh minda anda. Anda memahaminya kerana imej
tersebut wujud hanya di dalam kotak fikiran anda. Anda tidak percaya ?
Saya berikan anda satu ujian ringkas. Lihat gambarajah mudah di bawah.
Apakah yang anda lihat ? Saya pasti anda melihat sebuah kiub atau kotak 3-D
sekarang. Saya ingin tanyakan anda, adakah anda melihat kiub tersebut
seperti kotak dari atas atau seperti kotak dari sisi ? Kebanyakkan orang yang
saya tanya akan menjawabnya daripada sisi. Ini mungkin kerana kita kerap
melihat objek berbentuk kiub seperti TV, kotak dan sebagainya melalui
pandangan sisi.
Namun persoalan sebenarnya ialah, bukankah gambar di atas tersebut
hanyalah cuma garisan-garisan lurus sebanyak dua belas bilah di atas skrin
komputer ? Imej perspektif di dalam minda andalah yang memberi sifat
kedalaman 3D-nya dan seterusnya menggambarkan ianya sebagai sebuah
kiub. Bukankah itu yang sebenarnya.
Tunggu, anda akan terperanjat lagi, sekarang dalam 2 saat , jawab serta merta,
apakah yang objek pertama yang anda bayangkan melalui pengalaman anda
akan imej 3-D yang anda lihat di atas ?
Jika anda jujur menjawabnya dalam masa 2 saat, itulah jawapan daripada
yang lahir daripada minda separa sedar anda...
Kotak ? TV ? Dadu ? Kaabah ?
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
18
Realiti Wujud Hanya Mengikut
Persepsi Fikiran Manusia
What we observe is not nature itself, but
nature exposed to our method of questioning. - Werner Heisenberg
Seorang pengkaji sains dan falsafah Islam daripada Turki, Harun Yahya di dalam
bukunya bertajuk “Matter : The Other Name For Illusion”, menulis...
Regardless of whether there is a material world or not, a human being
watches only the world of perceptions in his brain. No one can ever come
across the true original of anything. Furthermore, it's enough for everyone to
perceive the copy. For example, someone who wanders around a garden
with colorful flowers is not seeing the original, actual garden, but the copy of it
in his brain. But this copy of the garden is so realistic that everyone receives
some pleasure from it, as if the garden were real, when strictly speaking, it is
imaginary. (Matter: The Other Name for Illusion, p.50)
Inilah yang sememangnya umat Islam percayakan selama ini, dunia ini
hanyalah sementara, akhirat adalah hakiki. Hati-hati jika anda masih tidak
mempercayai fakta ini anda mungkin terikut-ikut dengan fahaman materialis
seperti pelopor ideologi komunis Karl Marx. Dan untuk menjelaskan sifat
sementara ini , saintis kuantum fizik telah pun membuktikan bahawa material
tidak wujud. Yang wujud hanya elektron yang bersifat gelombang atau bersifat
‘benda’ jika cetusan fikiran saintis itu fikirkan begitu.
Oleh itu apakah yang dilihat oleh mata saya selama ini ?
Apa yang anda lihat sekarang pada saat ini adalah imej yang dijana di
dalam minda anda. Mari kita lihat apa yang sebenarnya anda lihat sekarang.
Katakan anda melihat sebatang pokok. Cahaya yang terpantul daripada pokok
akan diterima oleh retina mata anda dan seterusnya ditukarkan kepada isyarat
elektrik sebagai signal kepada otak yang menterjemahkannya sebagai imej
pokok. Sebenarnya imej pokok tersebut boleh juga anda lihat tanpa membuka
mata iaitu semasa anda bermimpi. Semasa anda bermimpi anda tidak tahu
samada ianya mimpi selagi anda tidak sedar. Apa sahaja imej dan peristiwa
yang anda lalui di dalam minda and semasa mimpi adalah seakan-akan benar.
Pancaindera mata anda sebenarnya sedang tertutup rapat tetapi imej-imej di
dalam mimpi anda tetap anda rasakan sebagai benar.
Sebenarnya anda juga boleh melihat tanpa mata, anda juga boleh melihat
dengan bunyi. Pelik ? Teknologi sains sekarang membuktikan gambar boleh
dirakam melalui bunyi. Mesin ‘ultrasound scan’ adalah buktinya. Saya rasa
anda pernah melihat gambar fetus bayi di dalam kandungan ibunya yang
terhasil daripada mesin ultrasound scan. Janganlah anda kagum kerana ikan
lumba-lumba sememangnya mempunyai kebolehan sonar yang dapat melihat
dengan memantulkan bunyi dipersekitarannya.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
19
Apakah yang sebenar-benarnya menjadikan ‘imej’ pokok tersebut nampak
dengan terang dan nyata di dalam otak anda yang hanya merupakan
segumpalan lemak-lemak protein?
Sebenarnya ‘benda’ pokok itu ada di situ kerana imejnya wujud di dalam
minda anda sahaja. Tubuh anda kini yang anda fikir ada ini wujud kerana
imejnya wujud di minda anda. Hakikatnya tubuh anda adalah atom yang
mempunyai 99.9999% ruang kosong! Ini samalah ujikaji mudah di mukasurat
17, di mana kiub 3D yang anda lihat sebenarnya adalah hanya 12 garisangarisan
lurus. Mengapa minda anda menterjemahkan kiub 3D ? Mengapa
minda anda tidak melihat elektron-elektron yang hanya 99.9999% ruang
kosong . Hakikatnya material tidak wujud di dalam dunia realiti. Anda sukar
menerima hakikat ini? Hati-hati kerana golongan materialis seperti Karl Marx
mempercayai bahawa kehidupan hanya dunia material yang mutlak.
Kelebihan Apabila Mengetahui Material Adalah Illusi
Anda boleh membaca dengan terperinci hakikat dunia material ini, di dalam
buku , pendakwah Turki, Harun Yahya di dalam bukunya “Matter : Another
Name of Illusion” dengan lebih panjang lebar. Hakikatnya dunia material ini
adalah alam maya yang memang maya sebenar-benarnya.
Apa yang paling penting ialah anda tahu bahawa dunia material ini boleh
dipersepsi oleh minda anda mengikut persoalan anda. Dengan ini, dunia realiti
sebenarnya boleh dikawal oleh minda secara langsung dan ini menjadikan
anda mendapat satu kelebihan. Namun saya ingatkan kepada anda, kelebihan
minda manusia mengawal realitinya semua ini adalah kerana kuasa Allah SWT
dan disalurkan menerusi hukum alam atau sunatullah. Manusialah yang
mempunyai pilihan untuk mengubah realitinya. Firman Allah SWT :
Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan (nasib) sesuatu bangsa
sehingga bangsa itu mahu
merubah keadaan (nasib) mereka sendiri”.
(Ar-Ra’ad:11)
Ingat ! Keadaan atau realiti hanya wujud di fikiran anda. Andalah yang
membuat keputusan dengan yakin bahawa ianya menjawab persoalan anda.
Jika anda asyik berfikir kemiskinan maka kemiskinanlah yang muncul di
dalam realiti anda, jika anda berfikir kekayaan, maka kekayaanlah yang akan
muncul di dalam realiti anda.
Mari saya sebutkan satu kisah mengenai dua orang adik beradik yatim yang
dibesarkan oleh seorang ayah yang merupakan kaki botol atau pemabuk.
Setelah dua puluh tahun berlalu, abangnya telah menjadi seorang usahawan
yang berjaya , manakala adiknya bukan sahaja mengikut jejak ayahnya
menjadi pemabuk tetapi penagih dadah pula. Apabila ditanya bagaimana
perkara ini berlaku kepada mereka , kedua-duanya menjawab jawapan yang
sama , “Saya menjadi begini adalah kerana bapa saya seorang pemabuk.”
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
20
Realiti Anda Bermula Dari Apa Yang
Anda Fikirkan Di dalam Minda Anda
Seorang peserta kursus bertanya kepada saya, “Saya selalu fikirkan duit,
tetapi akhirnya dalam poket ada RM5 ajer hujung bulan...camner tu?”
Saya menjawab,”Itu adalah kerana awak selalu fikirkan tiada duit !”
Jika anda asyik berfikir kemiskinan maka kemiskinanlah yang muncul di
dalam realiti anda, jika anda berfikir kekayaan, maka kekayaanlah yang akan
muncul di dalam realiti anda.
Kunci pertama , anda mestilah sentiasa percaya dan yakin bahawa imej
kekayaan anda tersebut sentiasa wujud di minda anda dan telah mendapatnya
pada suatu masa depan. Tanamkan emosi bersama-sama imej yang anda
visualkan di kotak fikiran anda agar jiwa anda mendapat satu semangat.
Semangat inilah yang menjadi kunci kepada kuasa untuk anda mengesan
petunjuk-petunjuk yang akan anda nampak melalui pancaindera anda di
dunia realiti anda.
Langkah kedua ialah anda mencari petunjuk-petunjuk agar material yang
kini tersimpan di dalam kotak fikiran anda dapat dikeluarkan dan wujud dan
seterusnya menjadi milik anda.
Secara saintifiknya , semangat kepercayaan dan keyakinan ini , akan
mengeluarkan elektron yang mempunyai kuasa tarikan kepada tenaga yang
sama dengannya di dalam alam maya ini. Semangat adalah satu perasaan yang
kuat, sebagai contoh, semangat cintakan Allah akan membuat seseorang itu
sanggup mati syahid, dan ganjarannya juga adalah tinggi. Namun
membicarakan bab tersebut memerlukan forum lain yang khusus.
Mari saya ambil satu lagi contoh paling mudah iaitu semangat cintakan
kekasih. Semasa bercinta , jika anda seorang lelaki, anda mungkin terbayangbayangkan
imej gadis idaman anda setiap hari. Minda anda terlalu asyik
hinggakan tidur tidak lena ataupun tidur sampai termimpi-mimpi gadis
tersebut, perut pun anda tidak rasa lapar. Dan yang paling pelik, mata anda
sentiasa kaitkan sesuatu yang anda lihat di sekitar anda dikaitkan dengan
kekasih anda. Walaupun melihat bumbung bas berwarna biru, anda
teringatkan bumbung rumah kekasih anda. Terpandang sahaja huruf yang
berpangkal ‘M’ anda teringatkan nama kekasih anda bernama Maria. Lebih
pelik ialah masa berjalan agak pantas semasa berdua dengannya, tetapi
menjadi terlalu lama semasa menunggu panggilan telefonnya. Peredaran waktu
dunia realiti anda tidak relevan lagi. Jika anda sedang berdua, hatta semut api
menggigit anda pun badan anda rasa kebal. Inilah kekuatan sesuatu
semangat!!
Adakah anda mempunyai semangat sedemikian ? Bolehkah pancaindera
mengesan petunjuk-petunjuk ke arah matlamat anda ? Adakah anda merasa diri
anda bebas dari gigitan kegagalan ? Adakah mimpi anda mendapat ilham ?
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
21
Visualkan Realiti Yang Anda Mahukan Telah
Berlaku Di Dalam Minda Anda
"You become successful the moment you start moving towards a worthwhile goal"
Baiklah, kini mungkin minda separa sedar anda telah bersedia, seumpama
tanah sawah yang tersedia untuk disemai. Langkah seterusnya ialah anda
membaja dan menyuburkan minda separa sedar anda tersebut agar ianya lebih
berkuasa , agar realiti yang wujud di dalam minda separa sedar tersebut dapat
direalisasikan ke dunia material ini.
Setelah anda yakin tanpa batasan bahawa anda boleh berjaya dan kaya,
langkah seterusnya adalah mudah iaitu anda imiginasikan di dalam minda
anda keadaan anda semasa anda menjadi kaya.
Jika anda minatkan kereta BMW, bayangkan anda telah mendapatkannya
dan sedang memandunya. Jika anda mahukan rumah yang besar ,
imiginasikan anda sedang duduk di dalamnya. Malahan jika anda belum
beristeri anda juga boleh imiginasikan anda telah beristeri yang cantik duduk
bahagia di sebelah anda.
Ok, ini penting.....sekarang, setelah anda mempunyai imej-imej material
tersebut. Masukkan pula elemen-elemen emosi di dalam imej-imej tersebut.
Bayangkan anda sedang bergembira, merasa bahagia, ketawa ria, sedang
bersedekah, ramai orang sukakan anda . Ini bukan angan-angan. Tanamkan
sekarang imej-imej tersebut dengan mendalam sekarang.
Ingat , minda separa sedar anda tidak tahu mana satu imej yang benar atau
palsu. Anda hanya tanamkannya sahaja. Pedulikan benar atau palsu. Anda
tanamkan ia sehingga ia benar-benar menjadi satu kepercayaan di dalam
minda bawah sedar anda. Kepercayaan inilah yang akan menjadi satu realiti
kebenaran kepada anda masa depan. Satu-satunya ‘tukang tilik’ yang boleh
anda percaya ialah diri anda sendiri, kuasanya adalah akal yang
dianugerahkan daripada Allah.
"Anything the mind of man can conceive and believe , it can achieve"
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
22
Visualisasi : Teknik Berfikir Untuk
Menyemai Minda Separa Sedar
Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas
sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah hadis Rasulullah SAW ;
“Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat
yang tidak khusyuk selama tujuh puluh tahun”.
Salah satu kebolehan minda berfikir ialah membuat visual di dalam kotak
fikirannya. Kunci kepada anda untuk sentiasa bersemangat dan yakin realiti
yang ingin anda capai akan tercapai sebagaimana yang anda kehendaki ialah
menanamkan visual kejayaan anda pada masa hadapan di dalam minda
separa sedar anda. Persamaan peristiwa lepas dengan peristiwa yang akan
datang ialah kedua-dua peristiwa tersebut boleh dibayangkan secara visual di
dalam minda anda sekarang, dan minda separa sedar anda sebenarnya tidak
tahu yang mana satu pernah terjadi dan yang mana satu belum pernah terjadi.
Jika sesuatu kejayaan yang belum mempunyai sebab (cause) untuk berlaku
tetapi anda tanam dan semaikan setiap hari dengan penuh perasaan dan
keyakinan, minda separa sedar anda akan terangsang dan secara automatik
berusaha untuk meneroka dan mencari ke dalam lembah takungannya yang
luas dengan segala pengalaman, fantasi, imaginasi anda untuk dikaitkan
dengan persoalan anda. Jawapannya akan anda temui di dunia realiti anda
sebagai petunjuk untuk anda laksanakan dan seterusnya menjadi akibat
kepada realiti yang anda kehendaki tersebut.
Tanamkan perasaan bersyukur semasa visualisasi anda, akan membuatkan
hati/kalbu anda timbul satu semangat luarbiasa. Hatilah atau kalbu yang
menjadi tali penghubung kepada Allah SWT, kerana Allah sentiasa mengetahui
ketulusan permintaan yang dikehendaki oleh manusia di dalam hati.
Anda pada bila-bila masa waktu yang tenang (selepas solat) membuat
visualisasi seperti berikut :
Visualkan di dalam Minda anda kejayaan masa lepas dan masa sekarang
dan kemudian bersyukur. Tutup mata anda. Cuba anda imbas kembali
kenangkan sedalam-dalamnya satu kejadian di mana anda pernah menerima
sesuatu ganjaran atau peristiwa yang amat gembira di dalam kehidupan anda.
Anda mungkin boleh bayangkan saat anda mendapat anak yang comel yang
tanpa cacat celanya atau anda pernah terselamat daripada kemalangan
ataupun anda mendapat ganjaran kerana kerja cemerlang anda. Semua
perkara-perkara baik ini adalah hadir kerana izin Allah SWT.
Hayati visual tersebut. Tanam segala perasaan suka, kegembiraan dan
kepuasan sehinggakan apa yang anda visualkan mengujudkan satu semangat
di dalam jiwa anda. Dan biarkan imej kenangan tersebut bermain di fikiran
anda selama beberapa saat. Apa yang anda rasa ialah satu perasaan atau
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
23
semangat masa lepas itu ? Adakah anda dapat menyelami kembali saat
tersebut? Tafakur dengan sedalam-dalamnya saat tersebut. (ada orang yang
menitiskan air mata kerana perasaan bersyukurnya terlalu tinggi kepada
rahmat Allah. Bolehkah anda lakukan sedemikian?)
Saya pasti anda merasa lega di dalam jiwa anda bukan ? dan bukan itu sahaja
ucapan Alhamdullilah anda lebih bermakna kerana ianya benar-benar
menusuk ke kalbu anda. Inilah kunci untuk mendapat keyakinan diri dan
kepercayaan anda. Anda tidak boleh setakat menyebut kesyukuran anda
dilidah sahaja tanpa perasaan bersyukur tersebut wujud di dalam kalbu anda.
Kerana hati atau kalbu adalah tali penghubung anda dengan kuasa infiniti
yang Maha Berkuasa , iaitu Allah SWT.
Sekarang visualkan kejayaan anda pada masa hadapan yang anda
inginkan telah berlaku. Dan bersyukur kerana kejayaan masa hadapan
tersebut. Bunyinya agak aneh, tetapi ingat anda mempunyai kepercayaan dan
keyakinan tanpa batasan yang disandarkan kepada Allah. Oleh itu semua
peristiwa pada masa hadapan telahpun diketahui oleh Allah, anda perlu
bersyukur segala peristiwa yang bakal anda terima kerana saat anda berdoa
dan percaya kepada Allah, Allah sudah janji bahawa doa anda akan
dimakbulkan. Hanya masa sahaja yang menentukan. Kepastiannya akan tiba,
dan mengapa anda tidak perlu bersyukur ke atas janji Allah yang tidak pernah
mungkir itu ?
Allah Maha Pencipta tidak tertakluk kepada masa malahan masa adalah
ciptaanNya. Tidak wujud ‘peristiwa akan datang’ di dalam pengetahuan Allah
SWT. Konsep masa hanya wujud di dalam kehidupan manusia . Jika Allah
tertakluk kepada masa akan datang bermakna Allah juga seperti makhluk lain.
Kepercayaan dan keyakinan anda diukur ke atas tahap kesabaran anda
melalui ujian yang akan diberi bukannya masa. Ini kerana sabar adalah
separuh daripada iman itu sendiri.
Akhir sekali, visualkan kejayaan orang lain yang menerima nikmat Allah
dan bersyukur kepada Allah SWT ke atas nikmat tersebut. Inilah yang agak
sukar dilakukan bagi orang yang mempunyai hati iri hati dan dengki ke atas
kejayaan orang lain. Jika anda benar-benar dapat menghayati kesyukuran ke
atas nikmat Allah SWT yang diterima oleh orang lain bermakna, hati anda
benar-benar tulus di dalam segala kesyukuran anda kepada Allah SWT.
Kesannya adalah luarbiasa, kerana anda akan merasai satu semangat baru
menyelinap serta merta di dalam sanubari anda.
Firman Allah SWT,
Ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat pula kepadamu. Dan bersyukurlah
kepada-Ku, dan janganlah kalian mengingkari nikmat-Ku. Hai orang-orang yang
beriman, jadikankah sholat sebagi penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang
yang sabar. (QS al-Baqarah: 152-153)
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
24
Bersyukur : Baja Penyubur dan Pengikat
Rezeki Anda
Firman Allah SWT,
“Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti
Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),
maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.” (Q.s. Ibrahim: 7)
Di dalam menjayakan matlamat anda, anda mestilah percaya dan yakin apa
sahaja keputusan anda yang anda buat PASTI menjayakan matlamat anda. Ini
adalah kerana anda telah berniat dengan Allah akan tujuan anda tersebut.
Tiada yang mustahil di sisi Allah, dan setakat mencapai matlamat ‘besar’ anda,
tiada susahnya. Hanya masa sahaja menentukannya.
Anda jangan teringatkan Allah hanya apabila anda berada di dalam kesusahan.
Inilah kesilapan manusia. Mereka hanya teringatkan Allah apabila susah.
· Langkah pertama kunci supaya anda mempunyai ‘sentuhan emas’ ialah
anda sentiasa bersyukur ke atas segala nikmat Allah yang telah dan sedang
anda alami selama ini. Secara amnya anda bersyukur kerana masih mampu
menghirup udara milik Allah SWT untuk terus hidup hari ini dan secara
khususnya anda bersyukur setiap kejadian khusus yang telah berlaku ke
atas diri anda.
· Langkah kedua ialah anda juga harus bersyukur ke atas kejayaan orang
lain. Ini adalah kerana kejayaan orang lain adalah atas izin Allah jua. Inilah
kunci yang membersihkan jiwa rohani anda daripada sifat dengki. Jangan
sesekali wujud perasaan iri hati atas nikmat yang diturunkan oleh Allah
SWT kepada orang lain.
Anda mestilah sentiasa bersyukur secara lisan, di dalam hati dan ketika
sedang melaksanakan sebarang perbuatan yang sedang anda buat untuk
menuju ke matlamat anda tersebut.
Secara saintifiknya jika anda menerapkan perasaan bersyukur di dalam diri
sendiri dan juga bersyukur ke atas orang lain, tubuh anda akan berasa
bersemangat. Secara sub-atomik perasaan bersemangat ini mengeluarkan
‘tenaga’ elektron yang berhubung dan bergabung dengan semua kejayaan
orang lain yang serupa dengan tenaga anda tidak kira di mana mereka berada.
Elektron adalah bentuk tenaga yang boleh berhubung dan bergabung dengan
tenaga yang serupa dengannya. Gabungan elektron ini meliputi pemikiran
mereka, idea mereka, inspirasi mereka dan keyakinan mereka yang sama
dengan anda.
Semangat yang wujud di dalam jiwa ini akan memberi kesan fizikal kepada
dunia realiti anda kelak.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
25
Semangat : Kebangkitan
Gergasi Di dalam Jasad Anda
Gergasi di dalam minda separa sedar akan bangkit jika semua
imaginasi, perasaan, maklumat, kenangan , fakta, fantasi, visualisasi,
pengetahuan, emosi dan apa pun bentuk entiti di dalam minda separa sedar
anda dirangsangkan dan menjurus kepada objektif kejayaan anda.
Kebangkitan gergasi ini akan tercermin di dalam jasad anda sebagai semangat.
Pernahkah anda bersemangat ? Bersemangatkah anda pada hari pertama anda
bekerja? Atau pernahkah anda lihat atlis sukan bersemangat sehingga
menitiskan air mata ketika menyanyi lagu Negaraku ?
Orang yang bersemangat tulin, dapat dikesan ‘aura’nya. Elektron-elektron
orang yang bersemangat bergetar dan menghantar gelombang ke segenap alam.
Pancaindera seperti mata atau telinga orang yang bersemangat sensitif kepada
perkara-perkara yang berkaitan dengan matlamatnya kerana minda separa
sedarnya telah terangsang berterusan. Gergasi anda telah bangkit!
Masalah tiba? Sepantas kilat beliau mendapat idea entah dari mana,
mengelakkannya, hinggakan beliau tidak sedar langsung ianya satu masalah,
kerana tindakan beliau adalah automatis. Keputusan sukar ? Tiada sukarnya
jika terdapat beratus ribu billion maklumat imaginasi, idea, fakta dan inspirasi
yang terangsang di dalam minda separa sedar bersatu membantu beliau
membuat keputusan.
Semangat akan melahirkan ilham sentiasa, kegagalan tidak wujud, idea
mencurah daripada segala penjuru, pancaindera anda melihat semua petunjuk
ke arah kejayaan. Orang yang sedang bersemangat , sentiasa dahagakan
kejayaan.
Semangat boleh wujud sebentar atau kekal. Bergantung bagaimana ianya
disemai. Orang melayu ada selalu sebut semangat tahi-tahi ayam. Inilah yang
kita tidak mahu!! Kadangkala anda bersemangat mendengar ceramah motivasi
atau pulang dari kursus motivasi, dan bersemangat, namun apa selepas dua
tiga hari, anda kembali kepada rutin lama. Ini berlaku kerana anda tidak
semaikannya, melalui teknik visualisasi (yang diterangkan sebelum ini).
Semangat akan mengakibatkan keajaiban. Jika anda sedang bekerja
atau sedang melakukan perbuatan di dalam keadaan bersemangat dengan
penuh yakin dan percaya, perbuatan yang sepatutnya ‘gagal’ pun tidak akan
gagal kerana anda tidak percayakan kegagalan. Semangat hidup apabila segala
entiti posiif minda separa sedar terangsang. Tanpa semangat anda hanyalah
robot. Renungkan kehidupan anda sekarang adakah anda hidup dengan
bersemangat atau anda hidup hanya sebagai satu rutin menghadapi hari tua ?
Adakah anda hidup seperti manusia atau seperti robot yang diprogramkan
untuk menjalankan kerja yang sama sepanjang hayat?
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
26
Perasaan : Bahanapi Pembakar
Semangat Anda
"To succeed you have to believe in something with
such passion that it becomes reality"
Bagaimanakah kita hendak mencungkil maklumat-maklumat yang sangat
meluas di dalam minda separa sedar ? Kita tidak boleh berfikir secara sedar
untuk mencarinya, kerana berfikir secara sedar hanya menggunakan
maklumat yang terhad di dalam bank memori yang kita. Untuk mencapai
tujuan ini kita menggunakan PERASAAN.
Terdapat lima perasaan positif yang utama iaitu perasaan kepercayaan
(belief), keinginan (desire), cinta (love), harapan (hope) dan berani (brave)
Sebaliknya juga, terdapat lima perasaan negatif yang utama iaitu
takut(fear), benci (hate), anger (marah), cemburu (jealousy) dan tamak
(greed)
PERASAAN di dalam hati yang bergabung dengan maklumat daripada
minda separa sedar akan memberi kesan kepada dunia fizikal kita. Seumpama
, jika kita sedih, kita menangis dan mengeluarkan air mata atau jika kira
berperasaan takut menyebabkan jantung kita berdebar-debar malahan tubuh
kita menggeletar tanpa kawalan kita. Fikiran sedar kita tidak boleh
mengawalnya. Itu adalah yang biasa kita alami. Namun sebenarnya perasaan
yang digabungkan dengan kekuatan entiti minda separa sedar boleh memberi
kesan kepada dunia realiti. Seumpama mereka yang pernah bercinta, perasaan
lapar terhapus malahan perjalanan masa juga menjadi sangat cepat atau
terlalu lambat mengikut diri mereka. Malahan jika kita mempunyai perasaan
takut, tunggul pun kita sangka pontianak!
Kunci kepada kekuatan seseorang ialah apabila beliau boleh mengawal
perasaannya di dalam apa jua situasi. Kadangkala situasi dunia relaiti hanya
illusi, di mana hakikatnya (the truth) sebenarnya bagaimana persepktif kita
melihat situasi tersebut.
Biarkan Perasaan Positif Menjadi Dominan Di
dalam Minda Separa Sedar Anda
PERASAAN positif dan negatif tidak boleh diadunkan pada satu masa
yang serentak di dalam minda separa sedar. Jika ini berlaku minda separa
sedar akan menjadi keliru. Ingat, ‘fikiran’ adalah bentuk tenaga. Tenaga fikiran
ini mempunyai kekuatan daya tarikan ke atas tenaga yang mempunyai sifat
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
27
serupa dengannya. Jika ini dilakukan secara berulang-ulang, tenaga ini akan
menarik tenaga-tenaga lain yang berkaitan didalam ‘subconcious mind’ iaitu
maklumat, imaginasi, perasaan, inspirasi dan pengalaman lepas yang
tersimpan di dalam minda separa sedar ; Malah tenaga ini menjadi sangat kuat
ianya akan menarik tenaga (fikiran) yang serupa terdapat pada orang lain.
Selalunya apabila kita bersabar dan bersyukur, fikiran kita imiginasikan
kembali peristiwa atau saat-saat diri kita pernah menerima rezeki dan
kebaikan daripada Allah SWT. Jika kita tumpukan perhatian dan khusyuk
melakukan ini, maklumat relevan yang tersimpan selama ini yang kita tidak
sedar di dalam bank minda separa sedar akan terangsang (magnetized) .
Apabila ini berlaku, lima pancaindera (senses) kita akan mengesan banyak
peristiwa dan perkara berpotensi yang menjadi sebab (cause) kepada akibat
(effect) untuk mencapai keinginan kita tadi. Hati yang mempunyai
kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yang disemai melalui sifat bersabar
dan bersyukur akan menghasilkan perkara-perkara yang menakjubkan
Pancaindera kita bukan sahaja dapat mengesan peluang (petunjuk) yang
menjadi sebab (cause) kepada akibat (effect) keinginan fikiran kita, malahan zat
Allah Maha Bijaksana akan menghubungkan hati orang lain yang sehaluan
dengan matlamat kita dan seterusnya memberi kita peluang (cause) untuk
mencapai keinginan kita.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
28
Praktikkan Keyakinan Anda
Firman Allah SWT,
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya
jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan
barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya.” (Q.s.
ath-Thalaq: 2-3).
Setakat yakin dan percaya di dalam minda dan kalbu sahaja tidak cukup dan
tidak lengkap. Anda mesti melakukan sesuatu. Sebagaimana sembahyang yang
bermula dengan niat dan bacaannya, ianya mestilah disusuli dengan
perbuatan seperti takbir, rukuk , sujud dan sebagainya. Jika kunci kepada
keberkesanan sembahyang ialah anda khusyuk melakukannya maka begitu
juga dengan kehidupan anda seharian iaitu bertakwa.
Anda bermula dengan niat ingin mencapai sesuatu , di dalam konteks buku ini
anda ingin berjaya di dalam sesuatu bidang perniagaan. Saat anda berniat
sahaja, adalah satu doa iaitu permintaan kepada Allah . Dan Allah Maha
Pemurah dimana SETIAP doa adalah dimakbulkan. Hanya orang yang tidak
memahami sifat Maha Pemurah Allah sahaja yang memandai-mandai berkata
bahawa doa mereka tidak dimakbulkan. Yang menjadi salah faham di sini
adalah manusia selalunya tidak sabar dengan ujian dan tidak yakin dengan
doa mereka sendiri dan duduk ‘goyang kaki’ menunggu permintaan mereka
turun dari langit.
Setelah anda berniat anda mestilah suburkan niat anda tersebut dengan
kepercayaan dan keyakinan agar ianya hidup di dalam jiwa anda. Niat yang
kecil itu kemudiannya akan membesar dan menjadi kepercayaan dan
keyakinan tanpa batasan. Apabila anda mempunyai niat dan kepercayaan yang
betul, secara automatis, tabiat anda juga akan melakukan yang betul.
Apa yang selalu kita lintaskan di hati kita,
Akan membentuk kepercayaan kita,
Apa yang kita percaya di dalam hati kita,
akan membentuk pemikiran kita dan
apa yang membentuk pemikiran kita
akan menghasilkan perbuatan kita, dan
perbuatan kita akan menghasilkan sebab (cause)
yang menghasilkan akibatnya (effect) ataupun realiti kehidupan kita.
Jika jiwa anda telah mantap dan bersemangat untuk mencari kekayaan,
pemikiran anda tersebut hendaklah dizahirkan dengan perbuatan dan aktiviti
yang boleh merealisasikan pemikiran anda tersebut. Cara yang paling jelas
ialah melalui keusahawanan. Ini adalah kerana Rasulullah SAW bersabda ;
“9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan”
Jenis perniagaan yang dipilih , akan dibincangkan di dalam bab II.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
29
Mitos Menjadi Seorang
Usahawan Yang Berjaya
Kadangkala di dalam diri kita seakan-akan tertanam satu ‘fakta’ yang kita
jadikan kepercayaan dan sukar untuk kita ubah. Hakikatnya anda sendiri
tidak tahu bagaimana kepercayaan ini boleh tertanam dan berakar umbi di
dalam pemikiran diri anda. Hal ini terjadi di dalam bidang perniagaan.
Cuba anda baca dan beritahu saya kenyataan manakah yang ‘SALAH’
mengenai bidang perniagaan :
1. Anda perlu bijak ‘tipu’ pelanggan
2. Anda perlukan modal wang yang banyak
3. Anda perlu tebalkan muka dan pakar di dalam selok belok kejurujualan
4. Anda ‘yakin’ terdapat rahsia yang boleh membuatkan anda berjaya
5. Anda rasakan bahawa peluang perniagaan dan membuat wang telah dibolot
oleh orang-orang tertentu.
6. Anda telah cuba sekali, dan gagal dan membuat kesimpulan peribadi
bahawa perniagaan adalah sesuatu yang mustahil untuk anda lakukan.
7. Anda merasakan menjadi kaya tidak digalakkan mengikut ajaran agama
8. Anda merasakan kemiskinan selalunya memberi erti kebahagiaan
9. Anda merasakan apalah erti kekayaan tanpa kebahagiaan
10.Anda merasakan keusahawanan adalah bukan sifat semulajadi anda
sebagai manusia
Apakah jawapan anda ? Sebenarnya ke semua kenyataan tersebut adalah
salah.
“Seorang yang berkata kekayaan tidak boleh membeli kebahagiaan, tentunya
beliau tidak tahu DI MANA hendak membelinya....”
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
30
Analisa Diri : Adakah Anda
Usahawan Tulin ?
“You are what you believe!”
Jawab ya atau tidak kepada soalan-soalan di bawah ini. Kemudian kira dan
lihat keputusan anda.
1. Anda percaya peluang bukan hanya sekali tetapi peluang boleh dicari atau.
2. Anda merasa amat sukar bekerja di bawah arahan orang lain.
3. Anda berani mengambil risiko tetapi bukannya memperjudikan nasib.
4. Anda melihat masalah adalah satu peluang yang 'tersembunyi'.
5. Anda menilai kreativiti dan imaginasi sama penting dengan pengetahuan.
6. Anda tidak tertakluk kepada peraturan keadaan malahan anda mencipta
peraturan baru.
7. Anda cepat belajar sendiri daripada sesuatu kesilapan dan tidak
mengulanginya.
8. Anda tidak kenal erti kegagalan, yang ada cuma kejayaan yang belum tiba.
9. Jika anda bekerja makan gaji anda merasakan diri anda lebih bijak
daripada boss anda!
10.Anda merasa ada yang tidak kena kepada anda selama anda bekerja kerana
jauh dilubuk hati anda , anda ingin bebas bekerja sendiri!
Berikan markah 1 untuk setiap jawapan Ya anda dan 0 untuk tidak.
Jika anda mendapat markah bawah 4, anda boleh lupakan diri anda untuk
menjadi usahawan.
Jika anda mendapat markah 5 – 8 , anda mempunyai potensi untuk menjadi
usahawan.
Jika anda mendapat 9 – 10, anda boleh lupakan kerja makan gaji anda
sekarang, kerana keusahawanan adalah darah daging anda. Adalah menjadi
kerugian anda terus sahaja bekerja untuk orang. Hidupkan semangat
usahawan anda , yakin dan sahut cabaran!
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
31
Orang Lain Sibuk Meraih Kejayaan Anda
Sibuk Mencari Alasan...
"Never,never, never, never, never, never, never, never, never give up"
Winston Churchill
Ya...siapa tidak mahu jadi kaya atau jutawan. Anda mungkin berkata menjadi
jutawan adalah mustahil bagi anda . Fikirkan kembali, Datuk Yusuf Haslam ,
jutawan filem Melayu, pernah menjadi konduktor bas tetapi kini seorang
jutawan. Apa lagi anda ? Ianya adalah pilihan anda.
Alasan-alasan Yang Selalu Dibuat Orang Berjiwa Kecil....
þ Tunggulah apabila saya telah mendapat kerja nanti. Mungkin saya akan
mengumpul modal untuk berniaga.
þ Kehidupan say adalah kehidupan makan gaji tidak pernah saya fikirkan
untuk berniaga.
þ Berniaga adalah untuk mereka yang mengambil jurusan perniagaan,
jurusan pengajian saya adalah berbeza.
þ Saya fikir mereka yang berjaya di dalam perniagaan mempunyai ‘contact’
atau kenalan dengan orang atasan sahaja.
þ Saya malu untuk berniaga. Saya lebih rela duduk di dalam pejabat
daripada terpaksa ‘menjual’ muka untuk mendapatkan hasil jualan.
þ Berniaga memerlukan modal yang banyak. Saya tidak mempunyai modal
langsung. Gaji saya cukup-cukup untuk kehidupan saya pada masa
sekarang.
þ Saya takut untuk berniaga. Saya lebih rasa terjamin dengan pekerjaan saya
ini. Pendapatan daripada perniagaan tidak menentu. Kadang-kadang
untung , kadang-kadang rugi.
þ Tunggulah sehingga saya pence nanti. Pada masa itu mungkin dengan
masa yang lebih terluang dan dengan sedikit simpanan KWSP saya rasa
saya ingin berniaga.
þ Saya pernah berpengalaman berniaga sambilan di dalam jualan langsung
(MLM). Pengalaman saya merujukkan saya memang tidak berbakat
langsung untuk berniaga.
"The pessimist sees difficulty in every opportunity .
The optimist sees opportunity in every difficulty"
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
32
Kejayaan Tulin Perlukan Ujian Untuk
Menguji Tahap Kesabaran
“Sabar itu separuh daripada iman”
Sebenarnya tidak wujud kejadian gagal. ‘Gagal’ hanya wujud istilah perkataan
sahaja. ‘Kegagalan’ hanya satu peristiwa sebelum kejayaan berlaku. Katakan
anda hendak makan supaya kenyang, anda terpaksa melalui beberapa
‘kegagalan’ iaitu menyuap nasi anda dengan tangan ke mulut. Sepatutnya
anda terus kenyang sahaja. Menyuap nasi ke mulut ‘kejadian’ yang diperlukan
supaya anda makan dan kenyang.
Kegagalan sebenar ialah apabila anda tidak melakukan perkara yang hendak
anda lakukan ataupun anda berhenti berniat melakukan perkara yang hendak
anda lakukan.
Katakan anda bercadang hendak memulakan sebuah perniagaan katering,
anda telah bersemangat, tiba-tiba semangat anda terhenti kerana seorang
rakan baik anda selama ini, entah apa sebabnya mengatakan betapa sukarnya
memulakan sesuatu perniagaan dan memberi anda ‘nasihat’ supaya lupakan
sahaja. Anda pun setelah berfikir akan ‘nasihat’ rakan baik anda , terus
melupakannya . Apabila ini berlaku anda telah gagal. Sebenarnya saat anda
berniat dan percaya anda boleh lakukan, satu masa hadapan realiti telah
tersedia untuk anda. Allah SWT akan sediakan sedikit cabaran sebagai ujian
kesabaran anda. Kesabaran adalah ukurtara tahap keimanan itu sendiri.
Rasullullah SAW bersabda “Sabar itu separuh daripada iman”. Setelah anda
laluinya, anda pasti berjaya.
Seperkara lagi jangan sesekali anggap ujian sebagai batu penghalang yang
sengaja dicipta oleh Allah untuk melambat atau menggagalkan anda.
Sebenarnya ujian adalah batu loncatan yang memberi peringatan kepada anda
untuk membuat pemeriksaan semula ke atas sebarang kekurangan diri anda
semasa menempuhi jalan menuju kejayaan tersebut. Ujian ini akan
memantapkan akan diri anda untuk mencapai kejayaan yang anda impian
dalam ertikata sebenarnya.
Ingat anda tidak boleh anggap matlamat anda tercapai bagaikan sakti ... yang
tiba-tiba wujud di depan anda. Kehidupan di dunia tertakluk kepada qada dan
qadar. Ini bermakna anda mestilah melakukan sesuatu sebab untuk melihat
akibatnya. Apabila anda bersyukur setiap saat di dalam hati, lisan dan
perbuatan, maka lebih mudah anda mendapat petunjuk ke atas menjayakan
matlamat anda. Seterusnya jika anda menyatukan matlamat anda kerana Allah
Taala, apa yang akan berlaku ialah segala perbuatan yang patut ‘gagal’ pun
akan menuju ke arah matlamat anda tersebut. Menarik bukan ? Inilah yang
dinamakan ‘tuah’! Anda seakan-akan bebas kegagalan!
“Nothing Is Impossible, because impossible is nothing.”
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
33
Kata-kata Hikmat
Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana
Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai
masa depan.
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang
tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana
keadaan kita semasa hidup.
Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang
kita hajati.
Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat
menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali
ingat apa yang orang lain ada.
Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga
sedikit pun.
Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari
semangat yang tidak pernah mengalah.
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
34
BAHAGIAN
II
Idea dan Strategi
Menjayakan Projek
Niaga Anda
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
35
Idea-idea Projek Yang Bermula
Daripada Rumah
"All achievements , all riches, have their beginnings in an idea"
Bahagian ini akan mengupas bagaimana anda boleh memulakan sesuatu
perniagaan bermula daripada rumah dengan jayanya. Idea-idea atau projek
perniagaan yang dicadangkan di dalam bahagian ini semuanya mengikut
keserasian dan minat seseorang. Ini adalah kerana secara lumrahnya
seseorang lebih mudah berjaya mengikut bidang yang diminati manakala jika
perniagaan yang tidak anda minat selalunya akan membuatkan anda cepat
berputus asa jika menemui sedikit kebuntuan. Perniagaan yang melibatkan
minat atau hobi anda ianya tidak akan gagal kerana anda sememangnya gemar
melakukannya tanpa dibayar!
Jika anda masih bekerja anda akan mendapati bahawa terdapat banyak ideaidea
perniagaan ini yang boleh disesuaikan mengikut masa lapang anda.
Pendekata tiada sebab untuk anda membazirkan potensi diri anda begitu
sahaja.
Cuba anda perhatikan di sekeliling kehidupan harian anda , anda akan dapati
beratus-artus jenis idea perniagaan yang wujud di sekeliling anda. Anda perlu
meninjau keadaan dan potensi permintaan dan pemasaran idea anda ini
sekiranya anda laksanakannya secara besar-besaran, bermutu tinggi dan
harga yang berpatutan dan pada masa dan tempat yang sesuai. Cuba fikirkan
siapa agaknya yang boleh menjadi pelanggan kepada barangan atau
perkhidmatan anda itu.
Bagaimana Mengenalpasti Peluang Perniagaan
Cuba Persoalkan ?
1. Apakah peluang perniagaan yang baik sekali masa ini ?
2. Apakah risikonya ?
3. Berapakah kadar keuntungannya ?
4. Mudahkah pesaing baru memasuki pasaran ?
Bagaimanakah peluang perniagaan wujud ?
1. Kreativiti manusia tiada hadnya.
2. Kebolehan manusia tiada batasannya.
3. Mengambil kesempatan melalui masalah masyarakat.
4. Kebolehan manusia berbeza-beza.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
36
Bagaimanakah Saya Boleh Menandingi Pesaingan Saya ?
Anda mungkin mempunyai pesaing di dalam perniagaan yang dicadangkan.
Kenali mereka dan hormati mereka. Kenalpasti pesaing-pesaing yang secara
langsung bersaing dengan anda
1. Siapakah pesaing terdekat anda ?
2. Bagaimanakah perniagaan anda serupa dengan mereka ?
3. Adakah anda mempunyai kelebihan atau pasaran ‘tersendiri yang khusus’?
Terangkannya .
4. Bagaimanakah perkhidmatan atau produk anda menjadi lebih baik dan
lebih diterima oleh pesaing anda ?
5. Apakah yang boleh anda pelajari daripada pemerhatian anda ke atas
pesaing anda dan daripada perbualan anda dengan pelanggan mereka?
6. Adakah anda mempunyai kelebihan dengan menawarkan perkhidmatan
tersebut daripada rumah ?
Ingat, anda dengan mudah boleh bersaing dengan pesaing anda jika anda tiru
semua amalan mereka yang baik dan menyingkirkan semua amalan mereka
yang tidak baik.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
37
Minat Yang Tulin Terhadap Bidang
Pilihan Anda
"If you do anything just for a money, you don't succeed"
Anda telahpun memahami dan mempunyai semangat dan keyakinan untuk
berjaya apa sahaja halangan anda. Kini matlamat anda ialah hendak
menterjemahkan keyakinan anda tersebut kepada aktiviti-aktiviti yang boleh
menjana wang iaitu secara ringkasnya projek niaga.
Namun apakah projek niaga yang perlu anda beri keutamaan pertama sekali ?
Faktor utama yang perlu anda fikirkan dahulu ialah bidang di mana anda
mempunyai minat yang tulin. Setiap orang adalah unik dan mempunyai bakat
masing-masing. Kemungkinan setelah dewasa, bakat dan kemahirn tersendiri
anda terhakis kerana aktiviti anda telah ditumpukan kepada kerja-kerja
pejabat anda. Cuba anda kenangkan kembali zaman remaja anda,
· Apakah yang benar-benar anda minat/lakukan masa lapang ?
· Adakah anda pernah memasuki mana kelab/persatuan ?
· Adakah anda melalui kemahiran anda yang unik ?
Kepuasan terbit bukan sahaja daripada keuntungan kewangan yang bakal
anda perolehi , tetapi ialah di dalam perbuatan itu sendiri. Jika disebut
mengenai minat dan hobi, memang semua orang mempunyai minat dan hobi.
Ada yang minat ...
· Memasak
· Muzik
· Menanam pokok
· Memelihara ikan
· Membaca novel, menulis sajak, lagu
· Melukis
· Banyak lagi!
Fikirkan samada anda boleh
· Tawarkan khidmat mengajar minat anda tersebut
· Menjual produk hasil daripada hobi anda tersebut
· Atau menjadi penulis/perunding bebas berkenaan hobi anda tersebut
Menggunakan minat atau hobi anda sebagai asas perniagaan anda mempunyai
beberapa faedah. Mengapa? Kerana projek niaga yang anda libatkan mestilah
sesuatu yang anda cintai dan sesuatu yang anda yakin dan percaya, sesuatu
yang anda sanggup lakukan walau apapun keuntungan yang anda perolehi.
Lihat sajalah Chef Wan, yang berpendidikan sebagai akauntan, tetapi lebih
berjaya sebagai pakar tukang masak, kerana minatnya yang tulin di dalam
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
38
bidang masakan. Jika difikirkan mengapa pula tukang masak yang
sememangnya terlatih sebagai chef tidak berjaya seperti Chef Wan ? Mengapa
pula Chef Wan yang terlatih sebagai akauntan berjaya di dalam bidang
memasak ? Fikirkan ...
Minat yang tulin akan membolehkan anda mempelajari dan meningkatkan
kemahiran ke atas minat anda tersebut dengan lebih cepat, walaupun pada
asalnya anda tidak mempunyai kemahiran seorang pakar. Ilmu pengetahuan
dapat diserap dengan semulajadi jika anda bersemangat dengan projek niaga
anda.
Namun percayalah, jika anda benar-benar mempunyai minat yang tulin ,
keuntungan akan datang secara semulajadi, asalkan anda belajar serba sedikit
strategi untuk mengkomersialkan aktiviti anda tersebut. Minat yang tulin akan
memberikan anda stamina tambahan terutamanya semasa mula-mula anda
memulakan projek niaga anda.
Jika anda membuat sesuatu yang anda tidak suka demi untuk wang, anda
tidak akan merasa keseronokannya 100%. Pelik bunyinya, namun itulah, wang
bukanlah segala-galanya.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
39
7 Kebijaksanaan Manusia
Fakta sains menunjukkan bahawa ciptaan manusia adalah istimewa.
Anda juga maklum bahawa Allah menjadikan manusia sebagai makhluk paling
istimewa. Anda adalah istimewa. Adalah satu kesilapan pertama yang teramat
besar, jika anda cuba menafikan keistimewaan anda. Jika selama ini semua
orang memperkecilkan diri dan kebolehan anda , SAYA akan berdiri teguh
dibelakang anda menafikan sekeras-kerasnya. Jika anda sendiri kurang yakin
dan percaya akan saya akan memberitahu anda bahawa itu adalah kerana
hasil daripada ‘brain wash’ senyap selama ini oleh orang-orang yang tidak ingin
melihat anda berjaya.
Anda tidak perlu menjadi pandai atau lulus ujian IQ yang tinggi untuk
menjadi seorang usahawan yang berjaya. Fakta dan bukti menunjukkan orang
yang kaya tidak perlu untuk menjadi yang paling pandai dan bijak di dalam
pelajaran. Apa yang perlu ialah mereka menggunakan sebaik-baik
kebijaksanaan mereka yang unik dan selarikan dengan usaha-usaha yang
mendapatkan hasil untuk diri mereka.
Sebelum itu mari kita melihat 7 kebijaksanaan yang utama yang terdapat di
dalam diri anda dan setiap manusia lain. Kadangkala anda mungkin
mempunyai gabungan 2 atau 3 kebijaksanaan ini pada skala sederhana,
namun jarang sekali orang mempunyai ketujuh-tujuh kebijaksanaan ini
serentak. Contohnya anda mungkin boleh menari (kebijaksanaan fizikal) dan
juga menyanyi (kebijaksanaan lisan).
1. Kebijaksanaan Lisan.
Bagus di dalam menerangkan sesuatu. Gemar menulis dan membaca .
Meletakkan keutamaan di dalam perkara-perkara yang bertulis atau lisan.
Gemar kepada perkataan bergambar, frasa-frasa kreatif, perkataan baru dan
sebagainya. Minat untuk menambah perbendaharaan kata.
Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda :
§ Penulis , novelis
§ Pelakon
2. Kebijaksanaan Visual/Artistik.
Gunakan carta dan simbol untuk menekan sesuatu fakta. Dapat
menggambarkan sesuatu dengan jelas di minda mereka. Boleh membayangkan
sesuatu . Sukakan gambar dan suka mendemonstrasi untuk memahami
sesuatu. Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda :
§ Penerbit buku-buku bergambar, halaman web
§ Pengarah Sinematografi
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
40
3. Kebijaksanaan Fizikal.
Belajar dengan cara terbaik melalui perbuatan. Mahukan sesuatu secara
praktikal di dalam melakukan sesuatu. Merasakan perlu mempelajari sesuatu
secara bergerak. Kegemaran masa lapang selalunya aktiviti gerakkerja.
Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda :
§ Ahli Penghibur (silap mata,'stunt man',koreografer)
4. Kebijaksanaan Muzikal.
Dapat menghafal nada dan lirik dengan mudah. Menggunakan muzik sebagai
cara untuk mengingati sesuatu . Mempunyai deria semulajadi kepada tempo
dan masa. Terhibur dengan semua jenis bunyi. Cepat peka kepada sebarang
bunyi. Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda :
§ Komposer lagu
§ Penyanyi
5. Kebijaksanaan Matematikal dan logikal.
Gemar untuk membuat sesuatu perkara mengikut peraturan dan mengikut
tertib. Menyusun sesuatu perkara mengikut aturan yang logik. Mencari corak
dan hubungkait diantara sesuatu benda. Mahir di dalam membuat
penganalisaan., pengiraan , perancangan . Fikirkan satu-satu perkara agar
dapat difahami. Bercakap mengikut susunan : "Pertama…Kedua….dan
ketiga…" Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda :
§ Usahawan perisian komputer
§ Usahawan Kejuruteraan
6. Kebijaksanaan Diri Dalaman
Gemarkan masa yang sunyi dan menyendiri untuk berfikir. Memahami motif
beliau sendiri dan sebab-sebab di dalam melakukan sesuatu perkara. Gemar
untuk berangan-angan akan sesuatu idea dan mengembara perasaan dalaman
diri sendiri. Bidang perniagaan yang berpotensi kepada anda :
§ Ahli falsafah, saikologi
§ Penyajak
7. Kebijaksanaan Pergaulan (Interpersonal).
Bijak apabila bersama dengan orang ramai. Boleh berunding dengan ramai
orang. Tahu apa yang hendak dilakukan apabila berhubung dengan orang lain.
Sensitif dengan orang lain. Suka membuat ramai kawan, berpasukan,
bermasyarakat dan acara-acara sosial. Bidang perniagaan yang berpotensi
kepada anda :
§ Pengacara TV popular (e.g Oprah Winfrey)
§ Pakar Perunding
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
41
Idea-idea Projek
“Untuk mencetus idea yang terbaik ialah dengan mempunyai seberapa banyak
idea dahulu...” - Anon
Berikut terdapat senarai beberapa projek perniagaan yang berpotensi. Sebagai
contoh anda boleh pilih idea-idea ini atau anda boleh juga mencari idea yang
lebih sesuai dengan jiwa anda.
Perkhidmatan
· Agen/broker jualan berkomisyen (contoh ; agen pencetak)
· Konsultan / Juruperunding Bebas (Pelbagai Subjek)
· Tutor matapelajaran sekolah/ Komputer
· Jurulatih Aerobik / Seni Tari / Seni Mempertahankan Diri
· Khidmat Mengurut
Perniagaan Menyewa Barangan Dan Peralatan
· Alat-alat untuk mengadakan majlis keramaian.
· Peralatan Rakaman Filem video.
· Komputer
· Kereta/lori/van
· Pakaian pengantin dan peralatan perkahwinan.
Kraftangan Dan Hobi
· Pertukangan kayu halus dan ukiran kayu.
· Membuat bingkai (frame) gambar.
· Memelihara, menternak dan menjual binatang.(ikan akuarium)
· Senireka barangan terbuang (reycle arts).
· Seni foto.
Penulisan
· Menjadi wartawan – sementara atau tetap.
· Menulis rencana, cerpen, sajak dan novel.
· Menterjemah (translating).
· Menulis skrip drama radio, TV dan pentas.
· Menyunting karangan (editing) dan membaca pruf.
Perusahaan Memproses Makanan
· Gula-gula, kacang ataupun asam yang dipaket kecil..
· Perusahaan memproses air tauhu, Dadih atau tapai
· Roti canai segera.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
42
18 Cara Mencetus Idea Perniagaan
yang Unik dan Kreatif
Mungkin anda masih tercari-cari idea yang sesuai untuk anda jadikan projek
perniagaan anda. Jika ini keadaan anda, cuba anda fikirkan dengan mendalam
bagaimana mencungkil idea kreatif perniagaan yang baik dengan.....
1. Meniru barangan keluaran orang lain yang sudah berjaya.
2. Mencipta cara yang lebih mudah untuk melakukan sesuatu.
3. Menghasilkan sesuatu yang belum ada dalam pasaran.
4. Mendengar rungutan.
5. Menggunakan hobi untuk menjalankan perniagaan.
6. Menghasilkan sesuatu untuk orang cacat.
7. Mengembangkan kegunaan sesuatu benda.
8. Menggabungkan dua kegunaan barang yang berbeza menjadi satu.
9. Meninggikan mutu barangan atau keluaran atau perkhidmatan.
10.Mengatasi kelemahan barangan keluaran pesaing.
11.Memasarkan barang-barang mengikut musim perayaan.
12.Menyelesaikan sesuatu masalah.
13.Menyediakan keperluan asas.
14.Mengembangkan dan menggunakan kemahiran diri.
15.Memanafaatkan bahan yang terbuang.
16.Mendengar harapan/rungutan orang.
17.Menukarkan angan-angan menjadi kenyataan.
18.Menggunakan idea daripada lawatan-lawatan.
Mencetus Pemikiran yang Kreatif
Terdapat beberapa cara untuk merangsang kepada pemikiran kreatif.
Menunggu sahaja idea datang dengan sendirinya adalah cara yang tidak bijak.
Oleh itu ;
a) Anda haruslah bersikap dahagakan maklumat. Bacalah tanpa mengira apa
jenis subjek kerana buah fikiran yang kreatif akan terhasil daripada
adunan idea-idea yang anda baca.
b) Cari satu hobi yang berseni (anda tidak semestinya mahir kemudiannya)
c) Tulis , lakar , rekabentuk apa sahaja yang terlintas difikiran anda
(selalunya satu idea akan melompat keadaan idea yang lain)
d) Buat sessi 'brainstorm' dengan pihak lain
e) Letakkan diri anda dibawah satu tekanan yang munasabah dengan
menetapkan sasaran matlamat (perhatian : tekanan melampau akan
menghalang pemikiran kreatif anda pula!)
Sebenarnya semua orang mempunyai imaginasi yang mana adalah bahan api
kepada pemikiran kreatif. Hanya pemikiran yang negatif sahaja yang
menghalang proses pemikiran kreatif ini.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
43
Anda Tahu Guna Komputer ?
Gunakannya Untuk Cari Wang!
Sebagai usahawan generasi ’lama’ , ikhlas saya katakan bahawa saya
bukanlah seorang yang pakar di dalam hal-hal teknikal komputer, namun ,
saya penyokong paling kuat akan kuasa penggunaannya dan kepentingannya
kepada dunia perniagaan SOHO.
Kira-kira beberapa bulan lepas seorang rakan saya, telah membeli sebuah
buku bertajuk ‘Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan Melalui
Komputer Anda’ . Setelah membaca beberapa mukasurat, saya terus
memesan untuk membelinya kerana sangat tertarik idea-idea projek yang
boleh dilakukan oleh saya melalui projek yang didedahkan. Terus terang saya
katakan pengalaman keusahawanan saya selama ini pun tidak dapat
menyedari akan potensi sebenar kekuatan komputer yang mampu menjana
wang dengan mudah sekali.
Apa yang lebih menarik ialah dengan menggunakan komputer, apa
sahaja minat anda selama ini boleh dijadikan sumber pendapatan kerana
komputer akan menterjemahkan minat anda kepada projek-projek viable yang
boleh mendatangkan pendapatan. Samada anda minat memasak, memancing,
membuat kraftangan, muzik dan apa sahaja minat anda dapat diolah menjadi
wang melalui idea-idea yang didedahkan melalui buku ini.
Saya sudah lama sebenarnya berfikir kenapalah komputer saya yang canggih
itu kadangkala terperap begitu sahaja, tanpa membawa apa-apa hasil.
Terdapat 30 idea-idea projek yang konkrit dan praktikal yang telah terbukti
dijayakan oleh ramai orang tidak kira apa sekalipun minat dan kemahiran
sediada mereka. Salah satu prinsip yang saya suka ialah anda menghasilkan
produk atau perkhidmatan anda sendiri. Tiada orang tengah dan
penggantungan kepada stok orang lain.
Sebagai contoh anak saya telah menggunakan salah satu idea konsep dan
prinsip asas penggunaan komputer untuk membuat projek suka-sukanya
dengan menghasilkan cenderamata melalui komputer. Keuntungan projek
‘suka-suka’nya melebihi gaji seorang kerani. Bagi diri saya pula, saya memilih
satu idea projek yang bersesuaian dengan saya minat saya, iaitu menghasilkan
produk berinformasi yang mempunyai margin keuntungan sehingga 1000%.
Menarik sekali walau tanpa mengguna internet dan saya mampu menghasilkan
produk dengan kos yang sangat rendah tetapi berkeuntungan sangat tinggi
melalui komputer saya. Di andaikan saya meninggalkan kerjaya sebagai
perunding bebas saya, saya kini yakin saya boleh ‘cari makan’ hanya
menggunakan komputer saya daripada rumah saya sahaja.
Saya jamin anda boleh menjana wang melalui salah satu idea projek di dalam
buku ini dengan menggunakan komputer anda daripada rumah sahaja! Anda
boleh membaca lebih lanjut tentang buku ini di mukasurat akhir nanti.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
44
Inovasikan Perkhidmatan Anda
Tingkatkan Perkhidmatan Anda Melalui Integrasi Dan Innovasi
Saya yakin ada di antara anda yang suka memberikan perkhidmatan yang
bersifat inovasi dan kreatif. Anda mungkin selama ini seakan tidak puashati
dengan kaedah sesuatu perkhidmatan kerana anda sendiri mempunyai ideaidea
yang boleh memperbaiki perkhidmatan atau produk tersebut.
Jika anda hanya menyediakan perkhidmatan yang memerlukan pelanggan
mesti bersemuka untuk membuat pesanan dengan anda di depan kedai anda ,
anda pasti akan dikalahkan oleh pesaing anda yang menggunakan pesanan
melalui telefon,faks mahupun internet. Kini di zaman teknologi maklumat
ramai usahawan menawarkan produk yang sama dan menerima pesanan
melalui telefon ,faks dan internet .
Jika anda bersekutu dengan pihak lain untuk menjual produk mereka dan
perkhidmatan mereka dengan anda , iaitu dengan membuat perhubungan
pelanggan melalui berbagai cara , anda sedang menuju ke arah perniagaan
yang gemilang. Anda pertingkat perkhidmatan anda dengan berbagai cara dan
memudahkan pelanggan , memberikan pelanggan anda berbagai-bagai pilihan
dan sebab baru untuk membelinya, sememangnya mereka akan membeli.
Ke Arah Manakah Anda Tuju ?
Adakah anda mencipta , menggabungkan atau membuat perubahan menuju
masa depan ? Atau adakah anda merasakan perniagaan anda memang
ditakdirkan mengikut cara tradisi lama?
Membangunkan perkhidmatan idea-idea baru adalah semudah
menggabungkan dua bidang yang berlainan untuk menghasilkan tawaran
perkhidmatan berintregrasi yang inovatif .
Gabungkan sebuah kedai buku dengan coffeshop (Kinokuya di KLCC) atau
gabungkan kedai makanan keluarga dengan taman permainan (McDonald) ,
telefon dengan jam, games, email (telefon bimbit) dan contoh-contoh sebegini
masih banyak lagi untuk organisasi anda terokai.
Gabungkan apa yang terfikir oleh anda mengikut kesesuaian. Anda akan
mempunyai perkhidmatan yang inovatif yang berpotensi untuk lebih maju
daripada perkhidmatan anda yang tidak digabungkan. Gabungkan apa sahaja !
Jangan fikirkan bahawa penggabungan dibuat apabila pelanggan
mengkehendakinya. Tiada siapa yang meminta hendak mendengar lagu semasa
berjalan kaki atau meluncur kasut roda. Tetapi Akio Morita telah
melakukannya dengan memperkenalkan Sony Walkman.
Fikirkan , apakah yang boleh digabungkan perkhidmatan anda untuk
memberikan pelanggan sesuatu yang baru , istimewa dan lebih bermanafaat?
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
45
Awas! Jangan tertipu dengan
Skim Cepat Kaya!
Salah satu daripada kaedah-kaedah menjana wang daripada rumah yang
popular dari sejak zaman dahulu lagi ialah skim cepat kaya, ‘kerja daripada
rumah’ , ‘skim dana rakyat’ , ‘surat berantai’ dan seumpamanya.
Dengan kewujudan internet skim-skim ini bertambah ‘meriah’ lagi. Jika anda
perhatikan di dalam internet masa kini terdapat banyak program-program
skim cepat kaya yang dianjurkan oleh insan-insan tidak bertanggungjawab ke
atas pengguna-pengguna internet.
Jika anda seorang yang arif , anda pasti tidak mudah tertipu dengan skim ini.
Namun ramai orang yang terlibat dengannya bersubahat menjadi ‘penipu’ dan
seterusnya ‘menipu’ orang lain demi kekayaan cara mudah ini.
Di dalam skim piramid yang tulin, tiada produk yang diagihkan. Inilah skim
yang dipelopori oleh Charles Ponzi pada sekitar tahun 1930an di Itali. Mari
kita ‘bedah siasat’ bagaimana operasi skim piramid ini.
Anda dimulakan dengan tawaran untuk melabur, menderma atau sedekah
kepada 5 orang katakan seorang RM10.
Anda mencari 5 orang
5 orang akan mencari 25
25 orang akan mencari 125
125 orang akan mencari 625
3,125 orang akan mencari 15,625
15,625 orang akan mencari 78,125
78,125 orang akan mencari 390,625
390,625 orang akan mencari 1,953,125
1,953,125 akan mencari 9,765,625
9,765,625 akan mencari 48,828,125
Pada peringkat ini 9 juta orang ini , mereka akan menjadi sukar mencari ahliahli
kerana pasaran telah tepu. Mereka akan berusaha untuk mencari ahli-ahli
baru kerana telah pun melaburkan wang mereka. Hakikatnya memang
MUSTAHIL untuk mencari setiap lima orang lagi kerana penduduk Malaysia
adalah hanya 24 juta orang. Inipun setelah dicampur dengan bayi yang di
dalam kandungan dan sekalian kanak-kanak.
Inilah yang membuat skim ini haram kerana kerugian pasti berlaku kepada
ramai orang. Jumlah peserta tidak boleh menjadi infiniti, oleh itu ianya akan
tepu dan ramai orang di bawah akan menguntungkan orang di atas ,
terutamanya si penganjur.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
46
Tali barut Skim Piramid
Berita ‘baik’nya ialah ada peserta yang benar-benar mendapat wang dan
‘untung’. Ini memang tujuan penganjur. Penganjur memang sengaja akan
mengumpan beberapa orang untuk ‘berjaya’. Inilah yang selalu menjadi
kekeliruan kepada orang ramai. Mereka yang ‘berjaya’ ini akan menjadi
jurucakap atau PRO kepada skim ini.
Mereka adalah peserta yang berada di atas. Lebih mengharukan mereka yang
‘untung’ inilah yang menjadi ‘dalang sebenar’ melebihi pihak penganjur itu
sendiri. Ini adalah mereka telahpun mendapat wang yang nyata, dan mereka
pula secara bermatian-matian mempertahankan sistem ini. Pihak penganjur
yang tahu akan hakikat sistem ini, lebih mudah menjalankan kegiatan ini
tanpa sebarang campur tangan. Lebih menyedihkan ‘tali barut’ ini akan
berkata ,
“Alah ..kalau tak berani melabur camner nak jadi kaya ...setakat RM50
ajer..kalau rugi pun bukannyer sampai bergolok bergadai...adatlah melabur..
Inilah kata-kata yang paling ‘durjana sekali.
Namun sesuatu yang batil tetap akan terbongkar kepalsuannya. Selalunya tali
barut atau mereka yang untung ini akan dikecam oleh saudara mara atau
rakan taulan mereka yang rugi atas syoran mereka ini. Mereka mungkin
untung beberapa ringgit, namun hakikatnya mereka kehilangan kepercayaan
kepada ramai orang. Lebih menyedihkan mereka obses dengan sistem-sistem
seumpama ini dan berusaha untuk mencari dan memasukinya lagi . Kasihan
sekali mereka tidak sedar hakikat ini. Mereka yang sebegini hanya mendapat
Illusi di dalam pencarian wang dan kaedah sebenarnya.
Hakikatnya jika mereka beragama Islam , mereka semua telah sah memakan
wang haram kerana mereka memakan hasil daripada kerugian yang pasti
daripada orang lain. Ini adalah sama dengan prinsip perjudian di mana
keuntungan kemenangan seseorang sebenarnya adalah hasil daripada
kerugian beribu-ribu orang lain lagi walaupun ribuan yang lain tersebut
dengan rela hati memasukinya. Jangan samakan dengan pelaburan tulin ,
yang mempunyai kebarangkalian untung, skim cepat kaya PASTI ada yang rugi
supaya orang lain untung. Itulah perbezaannya.
Penganjur boleh war-warkan supaya menggunakan wang tersebut dengan
sedekah atau ke arah jalan yang baik sebagai illussi kepada operasinya yang
benar-benar haram.
Ada peserta yang berjaya diumpan berkata , “Anggaplah sedekah kalau duit
anda tu lenyap...tak der ruginya”. Pelik ! Orang sebegini mempermainkan
hukum Allah. Mana mungkin niat asal berjudi mereka suka-suka menukarkan
niat mereka kemudiannya menjadi sedekah kalau rugi. Saya sekali lagi
mengingatkan anda supaya awas, dan jangan sesekali ceburi skim piramid.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
47
Peluang Perniagaan Melalui Program
Affiliate / Reseller /Dropship Yang Tulin
Namun anda jangan sesekali terkeliru dengan peluang perniagaan yang telus
dan jujur seperti MLM, affiliate program, reseller program atau dropship. Setiap
satu kaedah tersebut adalah peluang perniagaan yang asli (genuine) dan anda
boleh mendapat keuntungan jika anda bijak mempromosikan produk mereka
dan tidak ‘goyang kaki’. Apabila anda untung , ianya adalah kerana
keuntungan anda adalah hasil penjualan sesuatu produk yang benar-benar
ingin dimiliki oleh pembeli. Ini adalah lumrah dan kaedah biasa di dalam
perniagaan.
Program affiliate, dimana anda hanya perlu mengsyorkan orang lain untuk
membeli sesuatu barang daripada sebuah halaman web dan anda
kemudiannya mendapat ganjaran daripada hasil syoran ini. Ini adalah langkah
perniagaan yang telus dan bijak. Program affiliate yang paling popular di dunia
sekarang ialah daripada hasil syoran membeli buku di halaman web
amazon.com
Reseller program juga bertindak serupa di mana anda mempunyai hak
menjadi pengedar dan mengsyorkan sesuatu barangan yang telah anda sendiri
berpuashati menggunakannya. Anda akan dibayar sedikit komisen atas syoran
anda.
Perniagaan MLM mendapat banyak kritikan yang positif mahupun negatif
tentang operasinya. Saya secara peribadi dan sebagai seorang yang
professional menganggap kejayaan perniagaan MLM memerlukan sedikit kerja
keras awalan yang selalunya diselindungi oleh pihak syarikat yang mewarwarkan
bahawa program mereka adalah mudah.
Masalah syarikat MLM yang tidak jujur ialah mereka telah ‘mengelirukan’
orang ramai untuk memasuki program mereka melebihi bagaimana mereka
mendapat faedah daripada menjual produk mereka. Memang benar program
tersebut boleh bermula daripada rumah tetapi program tersebut memerlukan
anda kerap keluar rumah untuk berjumpa pelanggan ataupun bermesyuarat.
Jika anda seorang yang sanggup bekerja keras , MLM adalah bidang anda.
Harus diingat skim MLM adalah sah, namun ada juga syarikat MLM yang sah
telah diarahkan ditutupkan operasinya kerana menyeleweng daripada kaedah
operasi awalnya.
Saya juga tidak hairan jika terdapat seorang peserta MLM diberi tabung untuk
memakai kereta mewah , kerana saya tahu strategi syarikat MLM yang
menggunakan kereta mewah sebagai alat promosi kepada orang lain terpikat
untuk memilikinya. Bayangkan saya meminjamkan anda kereta BMW mewah
milik saya sekarang dan anda menggunakannya untuk balik ke kampung pada
hari raya. Tidakkah saudara mara, sepupu, adik beradik anda terperanjat dan
ingin menyelidik dan seterusnya menyertai sebarang peluang perniagaan yang
sedang anda ceburi ? Fikirkan ....
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
48
Persediaan Premis SOHO Anda
Semasa jiran saya sedang sibuk bergegas pergi ke kerja dan menempuh jalan
raya yang sesak dan jam, saya pula sedang sibuk membancuh kopi dan
membaca akhbar di rumah. Kerja saya mungkin bermula sekitar pukul
sepuluh . Di mana panggilan telefon daripada pelanggan mula kedengaran.
Kadangkala saya menjawab telefon yang mempunyai urusniaga bernilai ribuan
ringgit di dalam kain pelikat saya! Namun demikian saya tetap professional dan
serius kerana menganggap menjalankan perniagaan daripada rumah adalah
satu usaha yang serius.
Walaupun anda menjalankan aktiviti perniagaan anda di rumah , namun anda
mestilah menyusunatur dan memperuntukkan satu ruang yang khusus untuk
anda bekerja. Kemungkinan anda menggunakan bilik utama anda ataupun
memberikan sedikit ruang disudut ruang tetamu untuk anda bekerja.
PERALATAN DAN PERSEKITARAN
1. Ruang yang bersih, diterangi cahaya dan bebas dari bunyi bising dan
gangguan.
2. Ruang untuk duduk dan bekerja (meja, kerusi, lampu dsb)
3. Ruang untuk menyimpan maklumat pelanggan dan perniagaan (komputer,
kabinet fail, organizer elektronik dsb)
4. Kaedah berkomunikasi dengan pelanggan dengan berkesan (telefon, faks, email
dsb
Antara budaya kerja yang perlu anda berikan perhatian:
1. Anda berupaya mendisiplinkan diri.
2. Pastikan bahawa semua ahli keluarga anda telah memahami bidang tugas
anda
3. Elakkan bunyi-bunyian yang kurang sesuai yang dapat didengar oleh
pelanggan yang menelefon anda.
4. Pengendalian pejabat secara profesional. Elakkan anak kecil daripada
menerima panggilan telefon di pejabat anda.
5. Segera layan sebarang pertanyaan samada melalui telefon, faks atau e-mail.
Nyatakan terlebih dahulu penerimaan mesej dari mereka supaya mereka
tidak tertunggu-tunggu.
6. Bersikap professional namun mempunyai sentuhan peribadi.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
49
Strategi Mudah Tetapi Berkesan
Mempromosikan Perniagaan
Setiap perniagaan merangka rancangan pemasaran mempromosikan produk
dan servis mereka. Anda juga harus memperkenalkan perniagaan anda.
Mengapa ianya perlu ? Kebanyakkan usahawan merasakan bahawa dengan
iklan sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan perniagaan mereka
mendapat pelanggan yang ramai. Walaubagaimanapun ini tidak mencukupi.
Berikut adalah strategi yang mudah tetapi berkesan di dalam mengatur
perancangan promosi perniagaan anda ;
1. Perkenalkan diri anda, perniagaan anda dan produk/servis anda kepada
pelanggan baru anda dan susuli dengan panggilan telefon.
2. Galakkan lebih banyak jualan melalui pelanggan sediada.
3. Ikuti apakah jenis promosi yang dilakukan oleh pesaing-pesaing anda.
4. Luaskan jualan anda ke kawasan yang lebih luas.
5. Sentiasa berhubung dengan para pelanggan dan bekas pelanggan.
Bagaimanakah Anda Mempromosikan Perniagaan Anda?
Terdapat empat cara untuk mempromosikan perniagaan anda ; pengiklanan ,
promosi jualan , publisiti dan perhubungan awam . Dua cara yang pertama
tersebut dirangka untuk mempengaruhi jualan secara langsung , dua cara
yang kemudiannya adalah untuk meningkatkan imej perniagaan atau individu
tersebut.
Pengiklanan
¨ Yellow Pages
¨ Pengiriman Brosur Ke Rumah
¨ Pengiklanan di dalam penerbitan kelab/persatuan
¨ Brosur, papan notis dan risalah-risalah
¨ Pengiklanan Secara "online" dan halaman web
Promosi Jualan
¨ Diskaun Jualan dan tawaran berpakej, kupon
¨ Cenderahati seperti pen , kalender dan sebagainya.
¨ Acara pelancaran, rumah terbuka
Perhubungan awam dan Publisiti
¨ Menghantar kad perayaan , harijadi atau acara-acara khas
¨ Berucap di seminar, kelas dan memberi khidmat nasihat.
¨ Sidang akhbar, artikel dan temuramah.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
50
Apakah Media Pengiklanan Yang
Sesuai Untuk Perniagaan Anda?
Saya selalu mengingatkan para peserta kursus perniagaan saya bahawa jangan
takut mengeluarkan belanja untuk iklan kerana belanja atau kos yang
dikeluarkan adalah satu bentuk pelaburan. Namun anda mestilah berhati-hati
di dalam membuat pengiklanan. Membuat iklan yang berulang adalah mahal.
Manakala pengiklanan sekali sahaja pula tidak akan memberi kesan. Cari
media yang sesuai mengikut belanjawan anda. Fikirkan cara-cara di bawah ;
Risalah-risalah
Risalah-risalah, katalog atau brosur walaupun kecil mestilah di rekabentuk
dengan professional dan dicetak pada kertas yang berkualiti. Bahan-bahan
bercetak yang berkualiti ini meningkatkan kredibiliti dengan mendadak.
Risalah Kiriman Pos.
Surat dan risalah adalah berkesan untuk memperkenalkan nama anda dan
memberi pendedahan secara am. Risalah kiriman pos mempunyai kelebihan
kerana ianya dihantar khusus kepada alamat pelanggan anda yang tertentu.
Cenderahati
Pen-pen, kalendar dan lain-lain barangan cenderahati memberikan ingatan
yang mesra di dalam minda pelanggan. Ianya tidaklah mahal mengikut jenis
dan kesesuaian belanjawan perniagaan anda.
Iklan Di Media Bercetak
Majalah-majalah dan suratkhabar adalah saluran pengiklanan adalah
berkesan tetapi juga mahal. Di dalam industri seperti hartanah ianya perlu
kerana tiada cara untuk memberitahu pelanggan selain mengiklankan butiran
hartanah yang ingin dijual.
Papan-papan Iklan
Terdapat banyak papan-papan iklan yang berbagai bentuk dan saiz
ditempatkan di lokasi yang strategik. Papan iklan yang disediakan di
perhentian bas adalah sesuai untuk usahawan individu .
Halaman Web
Pengiklanan di dalam halaman web adalah cara pengiklanan masa kini yang
semakin kian popular. Ianya adalah satu cara yang paling murah untuk
memberitahu para pelanggan diseluruh dunia, pada setiap masa dengan kos
yang sangat murah.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
51
Formula Pemasaran Yang Mesti
Anda Ketahui dan Praktikkan
Saya mempunyai satu formula tentang ‘pemasaran’ yang mudah untuk anda
ingat dan menjadi kesimpulan kepada mana-mana jenis perniagaan sekalipun.
Ianya ialah ;
“Tawarkan produk yang betul pada harga yang betul di tempat yang betul
kepada pelanggan yang betul.”
Atau dalam bahasa Inggerisnya...
“Promote the right product at the right place with the right price to the right people.”
Jika anda dapat menepati ke semua elemen di dalam formula anda di atas saya
yakin anda pasti produk atau perkhidmatan anda mendapat sambutan yang
luar biasa ke atas mana-mana projek niaga anda.
Seterusnya strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk
menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang
boleh tanpa halangan geografi,demografi dan komunikasi. Dengan keadaan
persaingan yang semakin pesat, anda boleh memperolehi keuntungan yang
tinggi sekiranya anda dapat mengetahui kehendak pelanggan serta dapat
memberikan nilai yang terbaik kepada sasaran pengguna.
Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambilkira faktorfaktor
berikut :
1. Memahami dan menghayati budaya masyarakat setempat.
2. Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut dan diingati.
3. Jangan takut mengeluarkan belanja promosi dan pengiklanan - kerana
usaha ini dianggap sebagai pelaburan bukannya kos.
4. Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif
khususnya kos.
5. Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli "jiwa" pelanggan.
Anda mestilah peka dan belajar bagaimana menawan emosi pelanggan.
6. Kekalkan hubungan dengan pelanggan dengan sentiasa mesra.
Kesimpulannya anda mestilah membuat penilaian tentang kehendak serta
keperluan pengguna terhadap barangan dan servis adalah penting untuk
mencapai kejayaan jangka panjang sebagaimana juga penumpuan terhadap
pengeluaran yang berkualiti tinggi dengan penggunaan kos yang rendah serta
teknik jualan yang dapat meyakinkan pengguna.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
52
Bagaimana Mendapatkan Publisiti
Percuma Di dalam Media Bercetak
Sebagai pengusaha daripada rumah sudah pasti anda mempunyai
belanja yang terhad untuk membuat pengiklanan. Pengiklanan yang terbaik
ialah pengiklanan secara percuma. Publisiti yang hadir di dalam bentuk positif
atau negatif adalah sejenis pengiklanan secara percuma. Mendapat liputan di
dalam media massa adalah satu taktik promosi yang boleh dirancang.
Publisiti memerlukan berita-berita yang berharga dan penting kepada media
untuk disiarkan. Berita-berita seperti pelancaran produk, penganugerahan,
kontrak besar , penemuan saintifik dan sebagainya adalah dicari-cari oleh
pihak media. Berita-berita tersebut boleh dihantar kepada pihak akhbar di
dalam bentuk siaran akhbar (press release) untuk disampaikan kepada pihak
akhbar. Ianya kemudian akan dicetak sebagai berita atau dibuat susulan
berikutnya.
Oleh itu bagaimanakah anda boleh mendapat publisiti ? Antaranya ;
1. Jika berita tersebut sememangnya satu berita yang panas sebagai contoh ,
penemuan baru saintifik , satu artikel yang penuh dan lengkap perlu
dilampirkan. Artikel-artikel ini perlu ditulis sebagai berita dan bukannya
satu iklan agar wujud kredibiliti.
2. Kadangkala akhbar juga menerima gambar-gambar yang menarik untuk
dipaparkan di dalam akhbar mereka. Kenyataan yang dibuat oleh pihak
wartawan akan memberikan perhatian kepada produk anda.
3. Surat-surat kepada editor juga boleh bertindak sebagai publisiti. Jika anda
sentiasa mengikuti isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan apa
yang berlaku di dalam industri anda mungkin boleh memberikan
pandangan anda berkenaannya. Sebenarnya orang ramai memang suka
mendengar pandangan orang lain yang tertulis di dalam akhbar.
Di dalam taktik publisiti, anda hanya berharap semata-mata daripada ikhsan
editor, sebab itulah penggunaan firma-firma perhubungan awam perlu.
Pengetahuan strategik mereka mengenai perhubungan dengan pihak-pihak
editor media massa akan memberikan perniagaan anda satu pendedahan dan
liputan berita yang baik.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
53
Bagaimana Mendapat Iklan
PERCUMA bernilai RM12,000
Saya sekali lagi akan membincangkan akan faedah publisiti yang positif
di dalam mukasurat ini. Ini adalah kerana saya inginkan anda memahaminya
dan menggunakannya jika anda berpeluang. Potensi publisiti yang tepat boleh
melonjakkan perniagaan ke tahap yang tidak pernah anda bayangkan.
Beberapa tahun dahulu , saya membaca di sebuah majalah yang
membincangkan tenang fenomena graduan yang semakin ramai menganggur.
Saya sebenarnya sangat prihatin kepada generasi muda yang tidak dapat
menggunakan potensi diri mereka yang sebenar. Sesungguhnya sumber
manusia adalah kuasa yang paling kuat di dalam sesebuah negara. Atas dasar
prihatin saya, saya menulis sebuah artikel yang agak panjang lebar (lebih
kurang empat mukasurat penuh) kepada pihak pengarang dan diakhir
menyertakan kesediaan saya untuk ditemubual bagi majalah mereka kerana
saya mempunyai terlalu banyak lagi idea dan pengalaman lagi untuk dikongsi
bersama. Pihak pengarang berbesar hati menemubual saya dan menyiarkan
artikel saya di dalam majalah mereka seterusnya. Saya juga berbesar hati dan
merasa berpuas hati kerana dapat berkongsi idea untuk faedah bersama
kepada generasi muda tersebut.
Walaupun niat asal menulis artikel tersebut bukannya kerana hendak
mendapat publisiti, tetapi amat menakjubkan kerana selepas sahaja artikel
saya dikeluarkan berserta transkrip temubual saya, panggilan telefon saya
tidak henti-henti daripada seluruh Malaysia untuk bertanyakan maklumat
lanjut tentang idea-idea saya. Malahan panggilan tersebut juga menjurus
kepada peserta-peserta baru yang masuk ke kursus saya dan pembelian
bahan-bahan bacaan nukilan saya. Nilai pertambahan peserta kursus-kursus
dan bahan-bahan bacaan yang terjual hasil daripada publisiti tersebut
mencecah puluhan ribu ringgit. Semuanya hasil daripada publisiti yang saya
dapat daripada majalah tersebut, Namun saya ikhlas katakan bahawa tujuan
saya membenarkan artikel panjang lebar saya disiarkan percuma atas dasar
prihatin saya kepada golongan generasi muda.
Kini saya dimaklumkan oleh beberapa rakan saya bahawa untuk menempah
iklan di dalam majalah tersebut sebanyak empat mukasurat penuh adalah
berkos kira-kira RM12,000 . Namun saya secara percuma mendapat ‘iklan’
tersebut menerusi publisiti wawancara saya . Dan pihak pengarang majalah
juga berterima kasih kerana artikel saya tersebut mendapat sambutan yang
baik dan melariskan majalah mereka dan mereka pula tidak perlu membayar
saya apa-apa!
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
54
Kelebihan Publisiti Daripada Pengiklanan
Sebenarnya anda juga boleh lakukan seperti apa yang saya lakukan, kerana
jika anda perhatikan memang terdapat ramai pengusaha-pengusaha yang
mendapat publisiti positif hasil daripada tersiarnya kisah mereka di akhbar
ataupun TV. Cuba perhatikan di TV hampir saban hari ada sahaja tetamu
yang diundang untuk membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan
sesuatu subjek yang boleh menarik perhatian ramai. Topik-topik yang
diutarakan adalah pelbagai termasuklah wawancara dengan pakar
pemakanan, penggubah bunga hiasan, pendakwah, pakar motivasi,
kraftangan, pendidikan dan sebagainya. Adakah anda tergolong di antara
mereka ?
Apakah Kelebihan Publisiti Berbanding Iklan ?
Publisiti adalah cara untuk mendapat liputan dan meningkatkan jualan .
Publisiti , tidak seperti pengiklanan , adalah satu strategi promosi secara
jangkamasa panjang dan sukar untuk diukur. Manakala pengiklanan pula
anda dapat memilih lokasi dan menempatkan iklan anda di dalam media yang
anda suka.
Walaubagaimanapun kadangkala publisiti lebih berjaya daripada pengiklanan
kerana kelebihan-kelebihan berikut ;
1.Kredibiliti
Orangramai selalunya mempercayai fakta-fakta yang ditulis di dalam akhbar
daripada iklan-iklan . Kebanyakkan kita tidak mempercayai iklan, tetapi
mempercayainya bila kita membaca berita mengenainya.
2.Tarikan
Orangramai selalunya tertarik membaca peristiwa atau berita yang berlaku
disekeliling mereka. Fikirkan bagaimana anda dapat menggunakan dengan
sesuai celebriti sukan , hiburan atau sesiapa sahaja untuk menarik perhatian
pelanggan.
3.Dramatik
Pengiklanan memang boleh membuatkan sesuatu produk/servis perniagaan
nampak lebih "hebat". Publisiti juga dapat melakukannya tetapi dengan cara
yang berbeza. Publisiti akan menyampaikan mesej berikut , " Kami adalah
rakan anda, dan berprihatin seperti anda. Mari kita bekerjasama untuk
membuat suasana hidup kita lebih baik."
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
55
Nilai Seorang Pelanggan Selama
Hayat Berurusan Dengan Anda
Selama ini mungkin anda menilai seorang pelanggan berdasarkan nilai
transaksi jual beli yang berlaku dengannya. Cuba anda nilaikan nilai sebenar
beliau dengan anda sepanjang hayat beliau menjadi pelanggan setia anda.
Katakan saya adalah bakal pelanggan anda. Saya akan berkata,
"Katakan saya membuat satu pembelian yang bernilai RM100. Anda mungkin
melayan saya sebagai seorang pelanggan yang bernilai RM100 dengan layanan
yang sepadan dengan nilai tersebut. Tetapi cuba bayangkan saya seorang
pelanggan tetap anda dan membuat pembelian sebulan sekali . Ini bermakna
nilainya ialah RM1,200. Katakan saya setia kepada anda selama 10 tahun. Dan
ini akan membuatkan nilai saya naik menjadi RM12,000.
Jika saya cukup berpuashati dan kesetiaan saya amat tinggi untuk berurusan
dengan anda, saya mungkin akan mencadangkan perniagaan anda kepada
rakan-rakan saya yang lain. Jika terdapat lima rakan saya yang percayakan
diri saya dan menjadi pelanggan setia seperti saya setiap seorang akan
menyumbang kepada anda sebanyak RM12,000 seorang.. Jika didarab lima
orang maka nilainya akan menjadi RM60,000. Di tambah nilai saya sendiri
maka perniagaan anda akan menerima nilai sebanyak RM72,000 .
Jika anda melihat diri saya seperti seorang yang bernilai RM100,
bagaimanakah akan anda layan saya ? Berapa pemurahkah anda kepada saya
jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ?
Tetapi jika anda melihat saya sebagai seorang pelanggan yang bernilai
RM72,000 , bagaimanakah akan anda layan saya? Berapa pemurahkah anda
kepada saya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ?
Apabila berlaku sesuatu komplen atau aduan ,jangan biarkan pelanggan anda
hampa dan tidak melanggan anda semula. Kajian menunjukkan bahawa kos
untuk mendapat pelanggan baru adalah 6 kali ganda daripada memperbaiki
masalah yang dihadapi oleh seorang pelanggan yang setia.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
56
Apakah Kelebihan Perniagaan
Anda Berbanding Pesaing Anda
Katakan anda bercadang menyediakan khidmat merakam video di dalam acara
perkahwinan dan sebagainya. Saya membaca akhbar dan mendapati terdapat
dua tiga orang lain yang menawarkan khidmat yang sama. Apakah yang
membezakan perniagaan anda daripada lain-lain pesaing anda dan seterusnya
memberikan kelebihan kepada anda ? Apakah yang akan anda tulis di dalam
iklan anda agar ianya menarik pelanggan ?
Katakan seorang pesaing menawarkan iklan seperti berikut ;
“Khidmat merakam video untuk segala jenis acara . Hubungi 012-1234567”
Bagaimana dengan anda ? Apakah kelebihan anda ?
Salah satu taktik yang selalu digunakan oleh pengusaha ialah dengan
menggunakan perkataan PERCUMA di dalam iklan mereka. Ya , anda dan saya
memang suka sesuatu yang percuma bukan ? Itu adalah naluri biasa manusia
dan memang positif kepada kita. Tidaklah bijak jika saya atau anda menolak
sesuatu yang PERCUMA . Rezeki jangan ditolak.
Di dalam kes ini anda boleh menawarkan khidmat rundingan percuma.
Khidmat rundingan percuma sebenarnya adalah cara menarik bakal pelanggan
supaya tidak teragak-agak menelefon anda bertanya itu ini supaya mereka
berpuashati dan seterusnya memilih anda untuk melaksanakan tugas
tersebut. Hakikatnya , soalan-soalan mereka itu serupa sahaja dengan soalan
yang akan mereka tanya walaupun anda tidak meletakkan perkataan “khidmat
rundingan percuma”. Oleh itu anda mungkin boleh membuat iklan yang sedikit
berbeza tetapi saya pasti memberi kesan yang besar . Anda mungkin boleh
menulis iklan seperti berikut ...
“Khidmat rakaman video. Konsultansi PERCUMA . Hubungi 017-5329 567”
Ini hanya satu sahaja taktik yang saya berikan contoh. Sebenarnya terdapat
banyak lagi taktik yang boleh digunakan untuk menunjukkan kelebihan anda
berbanding dengan pesaing anda. Antaranya ialah :
Penghantaran segera , khidmat 24 jam , jaminan gantian setahun/sepanjang
hayat, beli 3 percuma 1, diskaun pendaftaran awal dan berbagai-bagai lagi.
Cuba anda lihat iklan-iklan di akhbar dan majalah dan catitkan apakah taktiktaktik
yang digunapakai oleh para pengusaha. Sememangnya terdapat banyak
taktik-taktik yang akan anda temui. Apa yang penting anda MESTILAH
mempunyai satu kelebihan sebagai taktik utama di dalam memperkenalkan
perniagaan anda tersebut.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
57
Kenalpasti Diantara Ciri-ciri
Dan Faedah-faedah
Kebanyakkan usahawan masih keliru di antara ciri-ciri dengan faedah-faedah
semasa di dalam persembahan jualan. Ciri-ciri ialah aspek produk/servis yang
wujud walaupun pelanggan tidak memerlukannya. Faedah-faedah pula ialah
penggunaan atau kelebihan seseorang pelanggan hasil daripada penggunaan
ciri-ciri daripada produk/servis tersebut.
Sebagai contoh seorang pelanggan yang ingin menyewa sebuah kereta sewa
anda untuk pulang ke kampung berkemungkinan tidak memerlukan ciri-ciri
sebuah kereta pacuan empat roda. Tetapi jika beliau memandu di atas jalan
yang tidak bertar dan berbukit-bukau ataupun di kawasan pendalaman, ciriciri
pacuan empat roda tersebut menjadi faedah kepada beliau.
Faedah ialah ciri-ciri produk/servis yang sedang beraksi. Kebanyakkan
pelanggan, terutamanya pada peringkat pengguna akhir dalam urusniaga
runcit, berfikir daripada aspek faedah-faedah produk/servis. Mereka tidak
memikirkan sangat tentang ciri-cirinya. Semasa persembahan anda harus tahu
individu jenis apakah yang akan anda hadapi. Jika anda menjual kepada
seorang jurutera, anda harus menerangkan ciri-ciri dan juga faedah-faedahnya
sekali. Tetapi kebanyakkan kes, anda tidak memerlukan penerangan ciri-ciri
yang panjang lebar, kerana kebanyakkan pembuat-pembuat keputusan
memikirkan apakah faedah-faedah yang dapat diperolehi.
Cuba cungkil dan ajak pelanggan sertai di dalam perbincangan faedah/ciri-ciri
melalui teknik soalan Maklumbalas Ciri-ciri Faedah. Contohnya.
Anda : "Komputer ini mempunyai kapasiti simpanan cakera keras sebanyak
100 Gigabyte . Bagaimanakah ini penting kepada encik?"
Pelanggan :"Saya tak pasti. Adakah ianya berupaya untuk menyimpan senarai
nama pelanggan saya yang berjumlah 200,000 orang?"
Melalui teknik ini anda melakukan dua perkara ;
1. mencungkil sebarang kekurangan pengetahuan dan kesediaan untuk
memberi nasihat
2. menerangkan faedah yang penting yang ada pada produk.
Di dalam persembahan anda haruslah sentiasa merujuk kepada faedah-faedah
ini kepada pelanggan. Ingat juga bahawa satu ciri-ciri sebenarnya boleh
membuahkan lebih daripada satu faedah. Sebagai contoh , sebuah unggun api
bukan sahaja memanaskan badan anda ketika sejuk tetapi juga membantu
anda memanggang makan.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
58
Seni Kejurujualan (I)
Kena menjual ?!!! Inilah respon yang selalu didengari daripada individu yang
baru menceburi bidang perniagaan. Mungkin anda juga demikian ??? Relaks
saya tak salahkan anda kerana saya juga dahulu seperti anda.
Kejurujualan adalah salah satu aspek di dalam perniagaan yang amat
tersangat tidak digemari oleh pengusaha-pengusaha yang baru berjinak-jinak
dengan dunia perniagaan. Saya mempunyai satu formula tentang
kejurujualan. Sebenarnya formula kejurujualan adalah seakan hampir dengan
formula pemasaran telah anda baca pada mukasurat lepas. Cuma ada
perubahan yang sedikit.
“Jual produk yang betul pada harga yang betul di tempat yang betul kepada
pelanggan yang betul.”
Ikuti kisah saya di bawah, dan perhatikan sendiri samada anda dapat
mengesan kegunaan formula tersebut di dalam kisah saya ini.
Kisah Saya Yang Melucukan Tentang Kejurujualan
Sekitar tahun 2001, saya telah diundang untuk ke sebuah stesen radio untuk
membincangkan topik-topik berkaitan dengan keusahawanan. Topik tersebut
mendapat sambutan daripada pendengar di sekitar Lembah Kelang. Saya
diundang selama satu jam, dan pelbagai soalan saya jawab daripada
pendengar ketika itu. Salah seorang daripadanya adalah seorang pemuda yang
sangat phobia tentang menjual. Berikut adalah perbualan dengan beliau di
dalam telefon. Setelah mengucapkan salam dan berkenalan, saya ringkaskan
isi perbualan saya dengan beliau melalui telefon.
“Encik Amin, encik menceritakan tentang topik kejurujualan. Saya rasakan
sukar, kerana saya rasakan formula yang encik berikan hanya bersesuaian
dengan bidang kerjaya encik. Mungkin formula tersebut tidak sesuai dengan
saya, kerana saya menjual produk, encik hanya seorang konsultan. Saya
rasakan encik sukar untuk menjual apa yang saya niagakan”
Ketika ini juruhebah di konti, mengerutkan kening dan merasakan ini satu
cabaran untuk saya.
“Hmmm.... mari kita lihat. Apa yang ingin saudara minta saya jualkan “
“Saya ada merekacipta pasu-pasu kecil yang cantik . Hah...banyak di depan
mata saya ni. . Hmm....ceritakan pada saya bagaimana encik Amin hendak
menjualnya kepada saya sekarang?”
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
59
Saya berfikir sejenak (sebenarnya saya tidak tahu langsung apa yang
dimaksudkan oleh Encik Ahmad mengenai pasu-pasu rekaannya dan beliau
nampaknya seakan cuba menekan saya) dan berkata ,
“Oohhh..begitu , encik Ahmad, boleh beritahu saya kenapa pula encik berminat
dengan pasu-pasu tersebut dan ingin membelinya?
“Saya rasakan ianya comel dan sesuai untuk dibuat perhiasan di dalam
rumah”
“Warnanya menarikkah ? Buatan tangankah ? Adakah ianya unik dan tidak
dapat di mana-mana ?”
“Warnanya memanglah menarik dan pelbagai, dan memanglah buatan tangan
dan tidak dapat di mana-mana, ianya adalah asli dan original dari segi
strukturnya.”
“Ada apa-apa kegunaan istimewa lagi tentang pasu tersebut ?”
“Pasu kecil ni..ada juga pelbagai saiz dan boleh dibuat untuk mengisi pokokpokok.
Selain itu boleh juga diisi pensel dan pen ...Isi habuk rokok pun boleh”
“Sesuai untuk dibuat sebagai hadiah atau cenderamata ?”
“Sesuai sekali!”
“Hmmm...berapakah harga yang patut dan sesuai rasanya encik Ahmad
sanggup bayar kepada pasu tersebut ?”
Ketika ini juruhebah telah memberikan saya isyarat agar memendekkan
perbualan saya kerana ingin memberi peluang agar orang lain menelefon saya.
Beliau memberi isyarat saya mempunyai hanya 20 saat lagi.
“Saya rasa sanggup bayar RM5 untuk sebuah pasu. Kira harga patutlah”
“Kalau ambil dua pasu, encik sanggup ke bayar RM9....sebab mungkin cantik
diberi sebagai cenderahati kepada sesiapa..”
“OKLAH, kalau RM9 ..saya sangguplah ambil dua yang berlainan warna..”
“Betul ke encik , sanggup ?”
“Yerlah saya sanggup dan setuju dengan harga itu”
“Kalau begitu saya jual kan dua pasu tersebut dengan harga RM9, kepada
encik...Terima kasih..kerana menelefon saya!”
“SAYA BELI. Sama-sama..err”. Klik.
Urusniaga selesai.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
60
Seni Kejurujualan (II)
Anda telah pun diberitahu tentang formula peribadi saya tentang kejurujualan.
Namun itu hanyalah formula asas. Hakikatnya saya mempunyai hampir 100
lagi formula atau taktik untuk menjual apa sahaja barang yang diberi kepada
saya. Ramai peserta yang tahu akan taktik tersebut setelah sanggup membayar
yuran kursus yang beratus ringgit. Tapi seperti saya cakapkan bukannya
tujuan saya mempromosi diri saya di dalam buku ini. Seorang rakan saya
selalu bertanya kepada saya,
“Apakah 1 taktik kau sampai boleh kau menjual kepada beratus-ratus orang ?”
Saya selalu menjawab.. “Aku tak ada satu taktik tapi aku ada beratus-ratus
taktik yang digunakan untuk menjual kepada 1 orang.”
Rahsia Jurujual Kereta
Kira-kira tujuh tahun lepas, saya membeli sebuah kereta yang baru. Saya telah
berhenti ke sebuah kedai menjual kereta di Kuala Lumpur dan kehadiran saya
telah disambut dengan mesra oleh seorang jurujual kereta tersebut. Kasihan
juga saya melihat dia bersungguh-sungguh memujuk saya untuk membeli
sebuah kereta. Mungkin beliau berharap benar saya membeli daripadanya,
agar membolehkan beliau mendapat komisen yang tinggi kerana kereta yang
sedang saya tinjau adalah kereta yang agak mahal harganya. Sebenarnya saya
tidak perlu dipujuk lagi, kerana saya sememangnya sudah berniat hendak
membeli kereta tersebut. Namun itu cerita lain.
Apa yang hendak saya beritahu anda di sini ialah kisah seterusnya. Membeli
sesuatu yang agak mewah dan mahal mestilah memerlukan pemerhatian dan
pemerhatian ini disulami dengan pemujukan si jurujual. Di pendekkan cerita
jurujual tersebut , saya namakan beliau Bakar, akhirnya menjadi seakan
rakan lama pada hujung pertemuan tersebut. Saya tidak tahulah berapakah
nilai komisen yang diterima oleh Bakar hasil daripada penjualan kereta
tersebut, apa yang saya kasihankan ialah beliau sendiri masih menaiki motor
ke tempat kerjanya.
Bakar akhirnya menceritakan bahawa beliau baru sahaja bekerja di sini
hampir dua tahun dan tempat tersebut amat baru dan kurang pelanggan.
Dalam diam-diam beliau menyalahkan majikannya kerana kurang membuat
iklan mengenai kedai mereka. Kekurangan pelanggan menyebabkan komisen
jualan juga berkurang. Hendak diharap gaji pokok memanglah tidak cukup.
Serta merta saya teringatkan idea jurujual terbaik di dunia iaitu Joe Girard,
yang dinobatkan sebagai jurujual terbaik di dunia di dalam buku Guinness
Book of World Record. Joe Girard telah menjual hampir 13,000 buah kereta
sepanjang 13 tahun beliau menjadi jurujual kereta sebelum bersara untuk
menjadi konsultan jurujual.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
61
Sukar mencari
buku ini sekarang!
Kini, saya ingin dedahkan rahsia Joe Girard kepada Bakar. Rahsia ini saya
ketahui daripada buku tulisan Joe Girard bertajuk “How To Sell Anything to
Anybody” yang saya beli beberapa tahun dahulu. Sukar untuk mendapat buku
ini sekarang. Bakar mendengarnya dengan minat dan berapi-api untuk
memulakannya. Beliau seperti menemui ilham yang ditunggu-tunggu selama
ini. Kasihan Bakar, kerana jika beliau rajin membaca, rahsia ini sudah tentu
lama diketahui. Tapi saya tidak salahkan Bakar seratus peratus kerana buku
Joe Girard tersebut sekarang susah sukar saya cari kini.
Inilah faedahnya bila jika anda membaca. Anda tidak tahu
bilakah pengetahuan yang sedikit itu dapat mengubah hidup
anda atau orang lain.
Saya bersyukur juga kerana ilmu pengetahuan yang saya baca
tersebut hanya perlu saya terangkan tidak sampai setengah
jam. Namun kesannya kepada kerjayanya dan kehidupannya
apabila saya berjumpanya setahun kemudian. Beliau kini
sudah mampu pun memakai kereta yang dibayar dengan
pinjaman selama tiga tahun sahaja. Harga kereta yang dibeli
oleh Bakar saya anggarkan dalam lingkungan RM80,000.00.
Anda hendak tahu apakah rahsianya ?
Rahsianya mudah dan murah. Inilah yang perlu ditiru 100% daripada cara Joe
Girard, iaitu Bakar perlu lakukan ialah meminta pelanggan lama beliau seperti
saya, mengsyorkan rakan-rakan mereka membeli kereta daripada kedainya
dengan menemui beliau. Secara praktikalnya, Bakar hanya perlu memberi
beberapa kad bisnes tambahan dengan mempunyai tandatangannya di
belakang kad bisnes tersebut. Dengan ini Bakar akan tahu pelanggan baru
yang datang menemuinya adalah hasil daripada syoran pelanggan lama beliau
yang tertentu. Bakar akan memberikan sedikit komisen kepada pelanggan yang
mengsyorkan beliau itu.
Secara matematiknya anda boleh melihat penggandaan akan berlaku kerana
setiap orang yang berpuashati membeli kereta daripada Bakar akan
mengsyorkan rakan-rakan mereka membeli daripadanya. Mereka akan
mendapat faedah kerana Bakar sedikit saguhati/komisen kepada mereka.
Katakan 1 orang memberitahu 2 orang rakannya dalam sebulan maka Bakar
akan mendapat pertambahan pelanggan yang hadir sebanyak 200% tanpa
usaha beliau. Malahan mereka yang disyorkan oleh rakan-rakan lain adalah
lebih mudah untuk dijual daripada pelanggan yang datang tanpa disyorkan.
Saya memberitahu Bakar bahawa konsep ini berjaya jika Bakar telus
menunaikan pembayaran komisen sebagaimana yang dijanjikan. Tiada
mungkir janji walaupun kata-kata beliau kepada pelanggan adalah secara janji
cakap mulut sahaja. Alhamdullilah Bakar patuh kepada prinsip tersebut dan
hasilnya adalah amat memberangsangkan kerana jumlah pelanggan yang
datang kemudiannya menjadi berlipat ganda sebanyak 300%! Ini bermakna
pendapatan beliau kini setahun samalah dengan jumlah pendapatan beliau
selama jumlah tiga tahun lepas.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
62
Bagaimana “Menawan” Pelanggan
Pesaing-Pesaing
Menawan atau "Mencuri" pelanggan-pelanggan pesaing adalah satu perkara
yang biasa terjadi di dalam kehidupan seorang usahawan. Para pelanggan
menjadi kurang berpuashati dan kemudiannya bertukar selera membeli
daripada syarikat lain. Pasaran anda akan meningkat jika pelangganpelanggan
ini datang kepada anda. Berikut adalah cara-cara bagaimana anda
"mencuri" mereka ;
1. Fikirkan Secara jangkamasa Panjang
Jangan cepat berputus asa apabila anda mendengar , "Saya sudah
berpuashati." Kepuasan hati hanyalah bersifat sementara. Kehendak pelanggan
anda boleh berubah dan ini memerlukan anda menyediakan sebab-sebab yang
kukuh mengapa mereka jangan berubah.
2. Bina Perhubungan
Anggap pelanggan sebagai sahabat. Dengar dan ambil peranan sebagai
perunding di dalam memahami kehendak pelanggan. Mungkin maklumat yang
anda sampaikan tidak membuatkan seorang pelanggan membeli daripada anda
pada hari tersebut, tetapi kerana perhubungan yang terjalin mereka mungkin
akan mengsyorkan beberapa rakan mereka kepada anda pada suatu hari
nanti.
3. Pelajari Kehendak Pelanggan
Ambil masa anda untuk melakukan penyelidikan dan bertanyakan seberapa
banyak soalan-soalan yang tidak menekan kepada bakal pelanggan anda dan
dapatkan sebab mengapa mereka merasa tidak berpuas hati dengan
servis/produk pesaing. Kunci utama ialah mencari ruang kosong mereka dan
tawarkan sesuatu untuk ruang tersebut.
4. Jual Diri Anda
Penampilan diri adalah penting dan juga pengetahuan anda. Tunjukkan
bahawa anda bersemangat , ikhlas , professional , beretika, pakar yang
prihatin yang menjadi asset untuk sesiapa berusuniaga. Berikan idea-idea
baru kepada mereka dan tunjukkan kepada mereka bahawa anda adalah di
pihak mereka walaupun mereka tidak membelinya.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
63
5. Tambah Nilai
Kebanyakkan produk dan servis adalah "benda-benda" di pasaran yang susah
untuk dibezakan diantara satu sama yang lain. Oleh kerana itulah anda
seharusnya menjual diri anda untuk mendapatkan perhatian pembeli. Anda
harus membezakan produk/servis anda dengan menerangkan tentang
jaminan, servis yang baik, penghantaran cepat dan sebagainya.
6. Suruh Mereka Mencuba Tanpa Risiko
Kebanyakkan pelanggan telah pun menjadi pelanggan kepada pesaing-pesaing
anda. Tetapi mereka akan mencuba menggunakan produk anda jika anda
memberikan mereka "langganan tanpa risiko". Pastikan kepuasan pelanggan di
dalam jangkamasa ini supaya pelanggan memberikan tanggapan yang paling
positif dan seterusnya melanggan produk/servis anda.
Jadikan Pelanggan ‘Duta’ Anda
Jika anda tidak boleh menganggap pelanggan sebagai raja, jadikanlah mereka
duta anda
Saya bernasib baik kerana ramai bekas peserta kursus saya menjadi sahabat
saya. Setakat yang saya kenali, mereka yang pernah mengikuti kursus saya
mengenai panduan perniagaan ramai yang telah berjaya di dalam bidang
perniagaan masing-masing. Ada yang berjaya membuka bengkel, berjaya
menjadi pengusaha butik dan sebagainya.
Pelanggan adalah rakan anda. Bagi usahawan daripada rumah , menjadikan
pelanggan rakan anda adalah satu kemestian. Siapakah duta ?
Duta ialah mereka yang membawa nama baik anda kepada orang lain.
Untuk membuatkan pelanggan berpihak kepada anda seterusnya menjadi
rakan anda berikan layan yang terhormat , penuh semangat , ikhlas , telus dan
mesra. Untuk orang yang bagaimana keras pun akan berlembut dan
memahami bahawa perniagaan anda mahukan yang terbaik untuk anda.
Ingat, lima daripada enam pelanggan yang datang membuat komplen kepada
anda akan terus datang menjadi pelanggan anda walaupun anda tidak
memperbaiki apa yang beliau komplenkannya. Ini adalah kerana mereka
melihat anda sebagai seorang yang menerima komplen itu dengan mesra,
prihatin , bersemangat dan komited kepada perhubungan.
Manakala pelanggan yang tidak berpuashati akan memberitahu secara purata
lapan hingga 20 orang-orang lain mengenai pengalaman buruk mereka itu.
Yang manakah situasi anda ?
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
64
Persepsi Pelanggan : Aspek Yang
Dihargai Oleh Pelanggan
Anda disoal : Apakah yang amat bernilai oleh seorang pelanggan ?
Jawapannya : Ia sebenarnya bergantung kepada pelanggan sendiri !
Apa yang penting kepada seseorang tidak penting pula pada seseorang yang
lain. Katakan anda menyediakan perkhidmatan
sebuah kapalterbang lewat tiba daripada luar negara selama beberapa jam .
Apakah yang dirasai oleh penumpang yang lewat tersebut ?
§ Seorang ibu dengan anak-anaknya mahu pergi membawa anaknya untuk
menukar lampin dan membeli sebotol susu.
§ Seorang eksekutif ingin mencari telefon untuk memberitahu kelewatan yang
tidak dapat dielakkan tersebut.
§ Seorang pasangan yang hendak bercuti tidak sabar-sabar melihat negara
baru yang hendak dilawatinya .
§ Tetapi seorang lelaki yang tertarik dengan seorang pramugari yang jelita di
dalam kapalterbang pula berharap agar kelewatan ini dapat diteruskan
selama beberapa jam lagi!!!
Setiap pelanggan menilai dari persepsi yang berlainan . Dan memang mereka
betul. Untuk meningkat mutu perkhidmatan pelanggan anda mestilah tahu
apakah yang sebenar-benarnya dikehendaki ,diperlukan dan diingini oleh
pelanggan.
Adakah Anda Tahu Persepsi Nilai Sebenar Pelanggan Anda ?
Bagaimana Mendapat Tanggapan Pertama Pelanggan Yang Positif
Tanggapan pertama atau 'first impression' adalah penting kepada persepsi
pelanggan anda. Anda tidak akan mendapat peluang kedua untuk mendapat
'first impression' kerana sememangnya tiada istilah 'second impression' kepada
pelanggan. Oleh itu pastikan anda lakukannya dengan betul!
Berikan perhatian lebih kepada iklan-iklan, pintu depan , halaman web ,
risalah-risalah promosi , ucapan selamat panggilan telefon dan perhubungan
pertama dengan pelanggan.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
65
Bagaimana Mendapat Lebih Banyak
Pelanggan Melalui Penggunaan Internet
Pada masa sekarang, penggunaan media internet menjadi semakin penting dan
tidak boleh diketepikan oleh usahawan professional. Halaman-halaman web,
e-mail , forum on-line dan chat room menyediakan pilihan kepada anda dan
pelanggan anda untuk bertemu pelanggan-pelanggan baru anda.
· Dengan menyertai forum dan newsgroup yang membincangkan bidang
minat bersama anda atau syarikat anda, anda boleh membina satu reputasi
sebagai seorang yang berpengetahuan dan menjana lebih banyak jualan.
Katakan anda menjual satu produk yang khusus untuk kanak-kanak .
Dengan menyertai forum yang berkaitan dengan kanak-kanak, anda akan
dapat berjumpa secara on-line mereka yang terlibat dengan bidang ini.
· Gunakan perkhidmatan maklumat on-line untuk membantu anda mencari
maklumat yang diperlukan oleh anda. Kemudian hantarkan maklumat yang
telah diperolehi kepada pelanggan anda melalui e-mail.
· Tinjau di dalam halaman-halaman web syarikat-syarikat yang berkaitan
dengan produk/servis yang akan anda jual.
· Catat daripada halaman-halaman web yang berkenaan butir-butir seperti
nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya untuk maklumat simpanan
anda.
· Bangunkan sebuah halaman web yang berkaitan dengan produk anda yang
menawarkan "nilai-nilai tambah". Anda mungkin boleh memberikan resepi
atau satu maklumat yang berguna untuk pelanggan anda yang sukar di
dapati di mana-mana sebagai penarik untuk pelanggan mengunjungi
halaman web anda. Untuk lebih berkredibiliti , masukkan surat-surat
akuan dan senarai nama pelanggan-pelanggan anda di dalam halaman web
anda. Pastikan anda mencetak alamat halaman web anda pada semua
bahan-bahan promosi bercetak anda.
· Saling bertukar alamat-alamat dengan pelanggan-pelanggan anda. Jawab
segala pertanyaan dengan pantas yang diajukan oleh pelanggan melalui
email anda serta-merta!. Ini adalah kerana masa di dalam dunia siber dikira
dengan lebih pantas daripada dunia nyata.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
66
Kisah-kisah Usahawan Jutawan
Sebagai Inspirasi Untuk Anda
J.PAUL GETTY
J. PAUL GETTY, jutawan minyak dan orang yang amat bernasib baik, tidak
teratur perjalanan hidupnya ketika dia masih kecil. Dia masuk ke universiti
kerana mahu menjadi seorang penulis. Kemudian dia masuk perkhidmatan
diplomatik. Setelah keluar universiti dia tertarik dengan kekayaan minyak di
Oklahoma, sumber kekayaan ayahnya. Perusahaan minyak ini tidak langsung
menjadi cita-cita Getty, tetapi dia rasa dia terpaksa menangguhkan
perkhidmatannya sebagai diplomat untuk setahun dan cuba menjadi
usahawan minyak.
Getty mengumpulkan modal dengan bekerja di lombong minyak orang lain dan
kadangkala terpaksa meminjam dari ayahnya. Ayahnya berpegang kuat kepada
prinsip tidak mahu memanjakan anaknya. Dia meminjamkan wang kepada
anaknya tetapi dengan jumlah yang sedikit. Getty yang masih muda adalah
seorang yang berani tetapi bukan terburu nafsu. Dia tidak melibatkan diri
dalam projek yang memerlukan wang tunai yang banyak kerana takut
menderita sekiranya kerugian. Projek-projek awalnya gagal tetapi pada 1916
dia berjaya menjumpai telaga minyak pertama. Dia mula kaya ketika umurnya
baru 23 tahun.
Nasib baik? Sudah tentu. Getty sememangnya bernasib baik. Dia berbuat
sesuatu kena pada ketikanya. Bagaimanakah dia mengetahui bahawa telaga
itu akan menghasilkan minyak? Dia tidak tahu walaupun dia telah
mengumpulkan data-data. " Semua perkara mempunyai unsur nasibnya. ", dia
berkata, dan " Anda harus berani hidup bersama nasib anda.".
Orang bernasib baik adalah orang yang berani dan orang yang kurang berani
dengan beberapa pengecualian adalah yang kurang bernasib baik. Nasib baik
mungkin menyebabkan nasib baik. Untuk bertindak berani ikutilah panduan ini :
Bersedialah untuk bertindak cepat atau pantas menuju ke arah sesuatu yang
baru apabila peluang keemasan tiba. Bezakan antara keberanian dan
perbuatan terburu-buru. Kalau anda melaburkan seluruh wang simpanan
anda untuk satu-satu projek yang berkemungkinan besar akan merugikan
anda, ini adalah perbuatan yang terburu-buru.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
67
Datuk Low Boon Siew
Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah
wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu,
kehidupan keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak
pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis
haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai
tambahan pendapatan keluarganya.
Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk
berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya
bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun
masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk
keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di
sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas.
Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering
memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil
daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli
beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM
200.00 untuk diperbaiki dan dijadikanbas penumpang. Bas ini mendatangkan
hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.
Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal
pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan
membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia
kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai
kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran
British.
Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun
beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di
Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini.
Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk
memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa
mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan
oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun
ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga
menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling
diminati. Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda
sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu.
Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam
alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai
seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan
terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak
pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun
begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
68
Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari
Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri
Syed Mokhtar AlBukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenal bukan
sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham.
Tidak banyak yang diketahui mengenai latarbelakang beliau.
Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempat
ketujuh di dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut akhbar
perdagangan Business Economics, 2004.
Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Beliau
bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau dikenali
dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan
kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf
hidupnya.
Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang
pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang
antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau salah
seorang yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor
menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh singkat.
Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang
telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta
di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan
terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.
Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan
kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih
ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras
sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.
Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti
kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan.
Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan
pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau
seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera
sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan.
Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yang pemurah, menggemari
perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak
gemarkan publisiti.
LANGKAH TINDAKAN ANDA HARI INI!
IQRA, Bacalah... itulah perintah Allah yang pertama iaitu membaca. Anda tidak
tahu bagaimana besarnya kesan kepada seseorang apabila membaca satu buku yang
bagus. Saya telah pun menceritakan kepada anda pengalaman kisah saya dan Bakar,
sijurujual kereta yang mampu memakai kereta yang berharga RM80,000 hanya
setelah menggunakan sedikit pengetahuan yang saya berikan melalui pembacaan
buku Joe Girard, “How To Sell Anything, To Anybody”.
Membeli dan membaca buku adalah satu pelaburan, di sini saya syorkan kepada
anda buku-buku yang mesti anda dapatkan sekarang!
“Working from Home”, tulisan Paul and Sarah Edwards, membentangkan
bagaimana anda boleh berjaya bekerja daripada rumah dan strategi menjayakan
perniagaan SOHO anda. Dapatkan di kedai buku seperti Popular Book Store.
“Jutawan daripada Planet Jupiter” nukilan Azizi Ali, adalah buku tentang
pengurusan kewangan yang boleh menempatkan anda pada landasan ke arah
masa depan kewangan yang lebih cerah dan lebih baik. Ditulis dalam bahasa yang
jelas, mudah difahami dengan cara-cara yang senang diikuti tetapi sarat dengan
langkah-langkah yang dapat memperbaiki situasi kewangan anda dengan sertamerta
dan juga strategi jangka panjang.
“Jutawan Senyap” hasil nukilan Dr Rusly Abdullah, Phd PJK atau dikenali
sebagai Chef Li. Pengasas Institut KULINARI dan Kursus Motivasi. Jika anda
berminat dengan bidang masakan, anda boleh dapatkan buku Chef Li dan
mempelajari dengan lebih lanjut mengenai teknik menjadi usahawan berasaskan
makanan. Chef Li juga menyediakan kursus keusahawanan di institusi beliau
iaitu pada kadar yang berpatutan. Buku ini amat popular kini dan boleh di dapati
melalui kedai-kedai buku utama di kediaman anda.
“How To Sell Anything To Anybody” oleh Joe Girard. Joe Girard telah
dinobatkan sebagai jurujual terbaik oleh Guinness Book of World Record. Beliau
kini telah menjadi pakar motivasi dan membuka firma perunding. Sukar saya cari
buku ini lagi di pasaran kerana ianya adalah seperti buku panduan rahsia kepada
jurujual. Kali terakhir saya belinya di Kinokuniya , KLCC.
“Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan Melalui Komputer Anda”, nukilan
R.Roma. Jika anda berminat dengan komputer, dan inginkan projek jana wang
yang pantas, praktikal, mudah dan margin keuntungan yang tinggi, saya syorkan
anda mendapatkan buku ini sekarang. Satu-satunya buku yang telah saya
lakukan secara praktikal idea yang diketengahkan dan mendapat hasil tidak
sampai sebulan. Dengan minat dan hobi sedia ada anda, saya jamin anda boleh
jana wang melalui komputer anda. Buku ini patut dimiliki oleh anda jika anda
tahu menggunakan komputer. Buku ini hanya boleh dimiliki secara esklusif
melalui pos, oleh itu saya sediakan di bawah ini kupon pesanan daripada pihak
pengedar supaya anda boleh memesannya sekarang.
Kini saya pasti bahawa jika memiliki komputer tetapi tidak dapat mencari sedikit pendapatan daripadanya
adalah kerugian paling besar. Anda perlu dapatkan buku ini. Anda hanya perlu cetak kupon pesanan
ini dan poskan bersama kiriman bayaran ke alamat pengedar tersebut. Anda boleh menghubungi
terus kepada pengurus syarikat (017-3150572, Encik Zal) untuk sebarang keterangan lanjut..
‘Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan
Melalui Komputer Anda’
PENDAPATAN
LUMA
KOMPUTER
ANDA!
Idea Projek, Teknik, Strategi Dan
Pelan Tindakan Untuk Menjana Pendapatan
Melalui Komputer Anda Di Rumah
BAGAIMANA MENJANA
$$
MELALUI
YAN
80 mukasurat (8 inci x 5.5 inci)
Spesifikasi : saddle stiched
HARGA RM20
YA! Bukankah sepatutnya mesin secanggih komputer menjana wang untuk anda ?
Mesin jahit yang kuno itu sahaja mampu menjadikan pemiliknya meraih pendapatan
kehidupan. Komputer lebih berkuasa!. Buku ini akan dedahkan langkah demi
langkah untuk anda jayakan 30 idea projek praktikal yang terbukti menjana wang
melebihi pendapatan gaji anda jika anda mahu.
· Ketahui konsep dan prinsip sebenar kegunaan komputer untuk menjana wang
dari rumah.
· Hasilkan produk anda sendiri hanya dengan komputer anda. Keuntungan
100% untuk anda!
· Rahsia bagaimana bagaimana seorang remaja mampu menjana wang
sebanyak RM2,000 dalam masa dua jam melalui komputer beliau yang boleh
anda tiru.
· Pelajari bagaimana seorang yang hampir muflis menjana hampir RM500,000
setahun dengan bantuan komputernya tanpa menggunakan internet.
· Teknik membuatkan projek anda berjalan secara sifar kos, auto, berganda dan
membuatkan orang berlumba-lumba mempromosikan projek anda.
Kupon Pesanan POSKAN HARI INI! ID001
Bersama-sama ini saya sertakan cek/kiriman pos/kiriman wang no :
..........................................................................................................
Bernilai RM 20.00 atas nama RAKANET COMMUNICATIONS
sebagai bayaran buku “Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan
Melalui Komputer Anda!”. (Belanja pos percuma)
Nama Penuh :.......................................................................................
No. K\P : ...................................................
Alamat Pos : .........................................................................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................
...............................................................................................................
Telefon : ................................ email : ..........................................
Tarikh : .......................... Tandatangan : ..............................................
Sila poskan borang ini bersama kiriman
bayaran anda kepada (sila tulis dengan
terang dan jelas):
RAKANET COMMUNICATIONS
2A-02-09, MENARA JADE ,
Jalan Lengkungan Bukit Indah 3/14,
Taman Bukit Indah,
68000 Ampang Selangor.
Tel : 017-315 0572 (En.Zal)
· Nota : BONUS PERCUMA sebuah booklet
istimewa bertajuk “How You Too Can Be Rich
Fast!”. Stok adalah terhad. Sila isi borang
pesanan hari ini juga, untuk mengelak
kekecewaan.
· Buku pesanan anda akan diterima selewatlewatnya
dalam masa 7 hari setelah kiriman
pembayaran anda kami terima. Masalah
pengendalian dari pihak pos boleh berlaku,
oleh itu jika terdapat kelewatan selepas 7 hari
sila hubungi saya secara terus 017-315 0572
(En.Zal) atau SMS segera jika talian sibuk
atau sukar dicapai. $